Salam sejahtera
![]() |
2004 |
![]() |
2012 |
Nampak tak perbezaan di situ???
Alhamdulillah, dengan berkat dan rahmat Ramadan, sama-sama berdoa. Yupp, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan bagi aku sendiri, sempurnalah kiranya. Hampir 8 tahun (dan ada yang lebih atau kurang) tak bertemu, pada tarikh keramat 24 Ogos 2012 kami semua dipertemukan kembali setelah sekian lama terpisah di atas komitmen dan urusan hidup masing-masing.
Pada mulanya perancangan untuk buat event ni seperti tahun sebelum-sebelumnya. Like usual annual reunion. tapi terdetik di benak fikiran aku utk turut sama organise event ini secara besar-besaran. Kata orang besar sesebuah event tu maka besar juga lah risikonya. Aku dgn rendah diri meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman. Reunion ini sekali dgn sambutan Aidilfitri. Yelah, kalau diikutkan aku ni jarang balik kampung, ni lah masa yg ada utk jumpa kawan-kawan. sebab tu la kami rakan-rakan organiser (qyra, Nik Nur, Meeyo dll) cuba buat sehabis baik. Aku pun pegang pada apa yg kawan aku cakap "Kau kalau nak buat 1st Reunion yg agak besar ni mmg risiko, tapi kalau benda ni jadi, org semua puas hati dan silap-silap depa yg request nak buat lagi tahun-tahun akn datang". Berbekalkan kata-kata tersebut menjadi motivasi kepada aku utk terus support kawan-kawan bagi menjayakan event ni.
Alhamdulillah, bertempat di Perdana Resort PCB, berbekalkan peruntukan yg diperoleh hasil sumbangan rakan-rakan, majlis kali ini bagi aku amat berjaya. Terus terang aku cakap, ada jugak sorang dua yg aku da lupa, tapi lama-lama bila tenung n tengok balik muka alhamdulillah masih bole cam. Ini lah tujuan utama event ni diadakan, yg mana da lost contact bole jumpa balik. Sejujurnya aku tak kisah berapa ramai yg hadir, aku pun tak marah o kecil hati kat depa yg tak join. Kalau aku duduk di kasut mereka pun aku faham, masing-masing ada komitmen yg mungkin clash dengan tarikh tu. takpe, insyaAllah jika diberi keizinan berjumpa lagi kita semua.
Sedar tak sedar dan hampir 1 dekad, dari budak hingusan sampai lah da ada yg bekerjaya, ada yg masih mengejar cita-cita dan juga ada yg da nak kahwin or dah pun kahwin. Kejap je rasa masa tu berlalu. kalau dulu habis sekolah compem-compem melepak kedai depan skola sampai ke petang. macam-macam musim ada, keta tamiya, bayblade, guli dll. Sungguh indah bila ia dinamakan sebagai kenangan. Terkesima seketika aku bila duduk keseorangan sambil melantak mihun. Kawan-kawan yg aku kenal dulu, sama-sama bertepuk tampar begaduh sakan ada depan mata aku, masing-masing menunjukkan riak gembira. Aku bersyukur padaMu Ya Allah di atas peluang dan ruang yg diberikan untuk kami satu sekolah bertemu kembali.
Dedikasi khas aku tujukan kpd semua yg hadir, terutama Meeyo, Qyra, dan Nik Nur selaku runner sebelum, semasa dan selepas event tersebut, takde diowang aku rasa benda ni tak jadi. Aku pun kira macam tukang kalut je sebenarnya. tak lebih dari itu. InsyaAllah kawan-kawan, if ada kelapangan boleh kita berjumpa lagi. Maafkan salah dan silap diri ini jika ada terkasar dan terguris perasaan semasa kita bersama. Aku akhiri dengan ucapan SELAMAT MAJU JAYA ANAK MERBAU!!! di mana jua anda berada!
Maaf Zahir Batin
Sekian,
*thanx to Amir, Efy dll selaku jurufoto pada hari tersebut.
0 comments:
Post a Comment