Terlebih dahulu aku nak ucapkan salam Ramadan kepada semua dengan harapan sama-sama kita manfaatkan bulan terbaik ini dengan amalan mulia. Amin. Dalam masa yg sama juga aku mohon kepada readers semua sama-sama kita berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin, Syria etc. AllahuAkbar!
Setelah sekian lama aku tak menulis berkenaan Arsenal, pagi ini sementara menunggu perlawanan Belanda-Argentina, aku cuba ketepikan perkara lain yang sepatutnya aku coretkan demi sebuah kelab yang penuh dengan tradisi ini. Arsenal FC! Okay, aku cuba review musim lepas terlebih dahulu disusuli dengan cerita transfer dan diakhiri dengan harapan aku untuk musim 14/15 ini.
Review 13/14
Boleh aku katakan sepanjang 9 tahun, inilah musim yang paling bermakna terutama kepada players dan juga kepada penyokong "fresh". Kalau nak dibandingkan dengan musim-musim lepas. Ya kita dapat kedudukan 2-4 itulah "trofi" yang boleh dibanggakan. Tapi musim 13/14 memang betul kita angkat trofi! Victory Through Harmony.
Syabas aku ucapkan kepada Le Prof, Bould dan pemain-pemain Arsenal kerana berjaya melepaskan satu tekanan yang cukup besar selama ini dipikul Arsene Wenger. Kedudukan liga di tempat ke-4 hanya dengan berbelanja untuk Ozil pada aku cukup berbaloi disamping kehadiran watak penting Flamini secara percuma. Oh tak lupa Kallstrom yang membantu untuk keep balance. Janganlah dianggap kehadiran Viviano secara loan sia-sia wahai gooners sekalian. Competition itu yg kita perlukan diantara GK yang ada iaitu Syzcesny dan Fabianski.
Secara keseluruhan apa yang aku mampu komen adalah lack of depth and back up. Ternyata dengan injured TW14 semasa 2-0 NLD dan kehilangan ozil dan ramsey di pertengahan musim ternyata bagi impak yang sangat besar! Selesa di kedudukan pertama liga dan akhirnya berada di posisi ke-4. Ini yang perlu dipertimbangkan untuk musim akan datang. Untuk review 13/14 aku bangga sebagai gooner dan aku yakin anda di luar sana juga bangga untuk musim kali ini. Ingat, trofi terakhir di Highbury merupakan trofi yang sama sebagai trofi pertama di Emirates. Kelegaan setelah sekian lama dalam tekanan!
Final FA
google images |
google images |
Seperti yang aku selalu katakan, inilah cara Arsenal untuk membuat para penyokong mengingati Arsenal. Pada metafora kacamata aku sendiri, malam tersebut merupakan satu pelayaran sebuah kapal yang paling mencabar setelah bertahun-tahun mencuba untuk sampai ke destinasi, Tahun-tahun sudah kita terkandas di pentas yang sama untuk UCL dan Carling Cup. Tapi tidak untuk kali ini. Usaha yang membuahkan hasil biarpun bermain untuk 120 minit! Dua goal ketinggalan di awal babak permainan ternyata mengganggu konsentrasi pemain. Ya! Ini malam final bro! Namun suntikan adrenalin daripada gol Santi sedikit sebanyak membantu memperbaiki tempo Arsenal sehingga ke 10 minit terakhir barulah muncul goal penyamaan. Kau orang boleh bayang tak apa perasaan masa tu? Jantung ni rasa kalau boleh keluar dah lama melompat keluar. Dan yang paling penting saat individu lain berusaha mencari gol kemenangan muncul adiwira yang dulu selalu dimaki hamun etc. Aaron Ramsey! Ohh, malam yang sungguh indah! This is the Arsenal way. what a comeback! Penutup musim yang sangat memuaskan pada kacamata aku!
Transfer
Aku mulakan dengan transfer out dahulu. Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan Fabianski dan Sagna. Pada aku, inilah cara hero keluar daripada kelab. Sorang ingin dapatkan lebih masa bermain dan sorang lagi out of contract and tak dapat kata sepakat untuk kontrak baru lalu pergi ke Man City. Sorry, its okey for me sebab Sagna dan Fabianski ni dah great a good job. Pada aku angkat piala tu ibarat kapal dah sampai ke destinasi. Jadi terpulang kepada individu sama ada mahu teruskan pelayaran lain ataupun berhenti sahaja di situ sementara tunggu kapal lain. Bukanlah macam traitor-traitor sebelum ini. Sanggup terjun dari kapal semata-mata nak berada dalam cruise mewah. I am happy to wish good luck to Sagna and Fabianski! They leave us like a boss!
google images |
Aku sebenarnya malas dan tak mahu mencemarkan post ini dengan cerita seorang lagi traitor! Cukup sekali aku sedih bila kapten yang aku sanjung selepas Vieira dan Henry balik ke London tapi bukan ke Arsenal! Kenapa kau pilih Chelsea Cesc??? Ya Arsenal memang tak perlukan kau sebab kat sini dah compact dengan midfield. Keputusan salah kau pergi Chelsea. Ya! sikit lagi kau nak jadi legend macam Henry etc. dan kau sia-siakan peluang tu. Same goes to Robin! So sad brother! Dan aku taknak cakap banyak pasal ni. Good luck and selamat kembali ke Emirates! Sebelum ni kau balik fans sanjung tapi kali ni silap bro... Selamat terima apa yang Nasri terima! Booo
google images |
Untuk transfer ini pulak. Aku dah faham cara Wenger. Keep it silence and let it be a timer bomb. Sama macam Ozil, Mertersacker, Arteta etc. Aku dah faham sangat dengan cara transfer orang tua ni. Yelah kadang-kadang sakit hati tapi tu lah #Wengerknows. Dan dengan kemeriahan WC ni aku tak rasa Wenger dapat buat media tutup mata dengan tricky transfer beliau. Seakan pasti Sanchez join Arsenal. Hopefully but please, kalau taknak rasa diperbodohkan elok engkorang semua tunggu apa yang keluar kat official website saja. Ini aku pesan awal-awal! Rumours tak payah amek port sbb 90% sebelum-sebelum ni tak jadi realiti pon!
Harapan Musim 14/15
google images |
Harapan pertama aku janganlah 9 tahun lagi kita gooners kena menunggu untuk dapatkan lagi satu piala. Aku nak sangat new generation Arsenal ni julang EPL. Sebab EPL ni banyak bagi moral boost. Dan lebih beruntung kalau boleh angkat UCL yang pada aku Arsenal masih belum bersedia (ketika post ini ditulis) untuk itu oleh sebab lack of depth and cover for the first team! Aku tak harap transfer yang membabi buta macam jiran sebelah si spuds ayam tu buat. Cukup satu dua pemain yg mampu bagi competition dan moral booster kepada pemain sedia ada. Dan tak lupa, winning mentality perlu dikekalkan! Semoga berjaya Arsenal untuk 14/15 dan good luck untuk trio Arsenal di pentas final WC. Argentina mahupun Holland yang perlu Germany lawan? Just keep calm and win the trophy! Winning mentality will be strengthen to the squad if these trio can win the WC! No doubt after 7-1 defeating WC host :)
Keep calm and Support Arsenal!!!
Arsenal We Love You We Do!!!
0 comments:
Post a Comment