Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadan yang kini sudah sampai ke penghujung.
Aku doakan sama-sama kita dapat manfaatkan sepenuhnya Ramadan kali ini. Alhamdulillah Allah masih beri keizinan kepada kita untuk melakukan "apa yang perlu" terutama dalam sepuluh malam terakhir ini. Moga-moga ada di antara kita ini dapat manfaat tersebut terutamanya malam al-qadar. Allahurabbi.
Alhamdulillah juga di kesempatan yang ada di celah-celah waktu ini kecenderungan untuk jari meniti di atas keyboard ini terlalu tinggi untuk menyampaikan apa yang ada dalam kepala dan fikiran tika dan saat ini. Sebab aku pun bukan selalu dan betul semangat nak menaip nak2 waktu-waktu macam ni. Okay sekian dahulu mukadimah.
Ya. Aku rindu. Rindu pada apa? Rindu pada segalanya! Aku mulakan rindu yg sentiasa melekat dalam kenangan adalah rindu pada zaman kanak-kanak. Ya! zaman yang tak perlukan kemahiran penggunaan otak secara kritikal akan tetapi mementingkan akal dan pemikiran kreatif. Aku rindu nak jadi sebagai budak yang tak tahu apa-apa dan ingin mencuba. Budak yang dahulunya setiap kali nak main bola mesti kena "pamping" 10 kali baru bole masuk padang. Arahan dari senior dan otai padang. Aku rindu suasana tersebut. Tak perlu fikirkan apa-apa. Hanya berkaki ayam dan inginkan keseronokan biarpun setengah jam hanya berlari keliling padang tanpa dapat sentuh sekali pun bola! Ya aku rindu dengan hidup sekadar hidup dan untuk bersuka ria tanpa pikir tentang banyak hal. Bangun pagi pergi mandi gosok gigi dah siap semua itu ini kaki melangkah menuju destinasi - sekolah! bersuka ria, tunggu jam pukul 10 pergi kantin bergelak ketawa sambil makan ramai-ramai! Alangkah indah jika perkara-perkara ini dapat aku buat dan ulang untuk sekali sahaja lagi?
Aku rindu berada di kampung. Pusing sana-sini tanpa tujuan. Rindu akan ramadan zaman kanak-kanak. Secara total kerinduan ini banyak berkisar tentang kehidupan lampau aku. Point yang aku ingin utarakan adalah, semakin meningkat dewasa seseorang semakin banyak liku-liku hidup yang perlu dihadapi. Setiap tindak-tanduk dan keputusan yang dibuat akan bagi kesan sama ada secara langsung atau tidak. Dan yang utama ia akan melibatkan diri kita sendiri secara total!
Hidup tanpa tujuan pada zaman budak-budak dikatakan takde masalah. Cita-cita awal nak jadi polis askar bomba cikgu kebanyakan tidak end up dengan kerjaya tersebut. Majoriti!. Aku pun begitu. Mana aku pernah pikir pasal psikologi ape jadah ni semua dulu. Tak ada! Aku harap kerinduan ini tidak terlalu obses sebab yang berlalu takkan berulang. Spesifik zaman kanak-kanak.
Dah masuk Ramadan kedua secara berturut-turut aku rindu akan dia. Ya dia yang pernah jadi sebahagian daripada hidup aku. Dan dia juga yang pergi dari hidup aku. Aku masih belum jelas apakah pendirian aku selama ini. Aku boleh katakan yang ya... aku dah boleh berdiri dan melangkah ke depan. Tapi setiap langkah yang aku ambil kepala tetap menoleh ke belakang mengimbau kenangan silam. Aku tak mengharapkan apa-apa. Cukup sekadar dapat diluahkan di sini sahaja. Tapi adakah rindu ini rindu yang sebetulnya? Aku hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan baik di pihak aku dan di pihak dia juga. Amin.
Aku juga masih rindukan dia yang dulu aku puja aku sanjung. Tapi keadaan dan situasi memaksa untuk sama-sama "alihkan" diri masing-masing dari perasaan yang ada. Semoga engkau bahagia aku ucapkan. Ya aku rindu moment-moment yang indah antara kita. Setiap kali memikirkan setiap kali itulah aku terus mencari jawapan. Maafkan jika aku sering melihat moment kau. Sekurang-kurangnya aku tahu perkembangan diri kau
Dan aku cuba untuk rindu pada kau yang baru sahaja perkenalan secara maya. Sedangkan bila berselisihan hanya senyuman mampu menjadi kata-kata. Ya senyuman kau mampu membunuh jiwa dan perasaan aku. Jiwa yang selama ni kelam dengan nostalgia silam. Yang mana kehadiran kau aku rasakan satu "replacement" yang indah. Tapi sayang, aku masih keliru sama ada aku perlu teruskan perjuangan ataupun berhenti di sini sahaja?
Kesimpulannya, kerinduan boleh menjadi suatu yg indah, satu benda yang menyakitkan dan juga mampu beri harapan! Jadi terpulang untuk kita pilih yang mana patut kita dahulukan. Jangan pernah salahkan takdir kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Analogi mudah yang aku faham dan pegang selama ini. Anak kecil dilarang main pisau. Pada pemikiran si anak pisau adalah satu benda yang menyeronokan untuk dimain. Tapi tidak untuk si ibu atau bapa kerana mereka lebih tahu apa yang akan terjadi jika dibiarkan. Begitu juga kita insan yang kerdil ini dengan Maha Pencipta! Allahuakbar! Semoga entri kali ini dapat bagi manfaat kepada pembaca walaupun sedikit.
Salam Rindu
Wasalam...
0 comments:
Post a Comment