Fellow Friends

24 August 2014

Turning Point

Assalamualaikum wbt.
Salam Lebaran yang hampir ke hujungnya

Alhamdulillah meriah juga raya kali ini walaupun dalam sederhana dan dugaan sana sini.



Sebagai intro, aku cuba nak tonjolkan apa point yang ingin aku ukirkan. Mungkin entri kali ini akan terjebak dengan gelaja sentap sana sini dan juga entri yg panjang lebar serta tak berstruktur. Sejujurnya aku sedang mengarang sebuah entri unplanned. Banyak benda jadi sepanjang raya ni. Klimaksnya yang pada hemat aku adalah reunion geng Bilik 3 kat Melaka tempoh hari. Namun, Tuhan ada perancangan Dia. Boleh aku katakan kemuncak raya kali ini adalah open house beliau. Jujur berat hati untuk aku jejakkan kaki lagi untuk berada dalam suasana begitu. Tak siapa yang tahu termasuk diri aku sendiri perasaan apa yang sedang berlari-lari dalam fikiran. Malu, suka, sedih, blur. Semua lengkap dan berkecamuk. Dan sepastinya aku sekali lagi kalah dengan sekuntum senyuman si ibu, dan aku kalah dengan senyuman beliau sendiri. Seakan dunia ini telah berhenti berputar, masa dirasakan berhenti, lidah tak mampu berkata-kata sekadar mampu "terima kasih, selamat hari raya" sambil bibir tiba-tiba mengukir senyuman.

Ya jujur aku katakan semakin jauh aku lari rasa tu makin menghampiri. Tapi siapa aku untuk tentukan takdir? Aku redha namun jauh di sudut hati masih wujud perkataan "berharap". Hmmm



Namun aku rasa dah sampai masa untuk turning point. Macam aku pernah buat dulu. Love the one who love me rather than terus berlari mengejar yang tak pasti. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Buat apa aku nak terus hidup dalam bayang-bayang? Petunjuk kian jelas. Yang terbaru, habis satu HDD aku corrupt, file-file lain ada yang mampu di selamatkan tp satu keping gambar pun tak dapat recover. Sedih beb, gambar dari zaman sekolah sampailah ke universiti. Macam tu je hilang. Nasib baik PSM aku dapat diselamatkan. Kalau tidak mati kutu la. So dalam kesamaran aku ditunjukkan lagi dengan kehadiran seorang insan.

Insan ini pada hemat aku seorang yang jujur dan seorang yang takut kehilangan. Ya Tuhan tunjukkan lagi jika aku terus "berdiri" di sini, tindakan aku akan jadi sia-sia. Rasanya eloklah aku undurkan diri dari satu perjuangan yang aku rasakan sia-sia. Aku mengalah bukan bermaksud aku kalah. Sbb aku dah mampu predict apa outcome jika aku teruskan dalam arena ni. Cukup-cukuplah *pesan kat diri sendiri.



Jujur, walaupun skrg ni sekeping gambar pon dah tak ada, tapi kenangan tu terus berputar. Betul, adakala sampai ke akhir hayat belum tentu dapat lupakan. Cuma hati ni mampu berdoa, Hadirkanlah insan yang mampu dan betul-betul membuatmu bahagia. Kerana apa? Cinta tak seharusnya memiliki. Ya, aku dah berazam, aku campakkan semua kenangan kat Tioman sana! Allah, kuatkanlah hati ini.

Dah lah, aku malas nak taip ayat skema ni. Nanti jadi sasterawan tak bertauliah pulak! Aku dah boleh kot angkat kaki. Dan aku harapkan entri ini adalah entri terakhirlah untuk semua benda ni. Aku harap takde lah berlarutan macam dulu lagi. Takkan nak beat cita twilight pulak sampai nak bersiri bagai.

Semua orang punya pengalaman. Pengalaman ni lah yang banyak mendewasakan kita. Jadi walau perit macama mana tu, pengalaman tu dah tetap jadi sebahagian daripada hidup kita. Sekarang aku sendiri kena tentukan hala tuju hidup aku. Adakah aku jadi watak Azmi? kerana cinta sanggup jadi buta hati sanggup rampas kebahagiaan orang lain? Adakah aku sebagai Hisyam? Setia pada gadis idaman yg sudah milik orang? Dalam masa yg sama tak nampak kehadiran insan yang menyayangi beliau? Jahatkah aku kalau jadi Kate? Membawa diri dengan harapan satu hari nanti Romeo yang dipuja datang kembali mengetuk hati?

Dan akhir sekali, mampukah aku jadi seperti Kasyah? Hilang Ayu di tangan Azmi? Hilang Ayu yang berjaya mengetuk pintu hati dan mengubah beliau dari budak setan kepada insan yg 100% sebaliknya? Hanya dapat hidup bersama cinta hatinya untuk sementara cuma? Dapat hidup bersama Ayu yang dah tak ingat apa-apa?

Aku dambakan hidup sebagai Kasyah. Insan yang kuat, masih utuh berdiri walaupun sepanjang hidup merasakan kehilangan. Yang mana dugaan tak berhenti menimpa. Akhirnya sebuah lagenda tercipta. Lagenda yang berakhir dengan manisnya bahagia. Indahnya cinta.



InsyaAllah, jalannya pasti ada. aku doakan semoga semua antara kita biarlah jadi kenangan, dan berbahagialah dengan sebuah realiti kehidupan masing-masing. Maka tamatlah sudah sebuah perjalanan mencari cinta.

Semoga dipermudahkan. Amin
Salam subuh semua :')



*karakter Novel Lagenda Budak Setan, Katerina & Kasyah, Lagenda Berakhir

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...