Fellow Friends

03 September 2014

Perjalanan Sebuah Kehidupan: Preview dan Review

Assalamualaikum wbt. dan salam hormat.

Aku sebenarnya tak bercadang untuk menulis lagi dalam masa terdekat ni. Tapi hati seakan memaksa untuk aku terus mengukir/luahkan segala yang membelenggu fikiran. Dalam masa yang sama aku harap aku dapat muhasabah diri dengan apa yang terjadi dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.

Baiklah. Untuk entri kali ini aku akan cuba jadikan sebuah entri yang sedap dibaca, mudah difahami dan senang untuk dihadam. Hal ini disebabkan aku agak terkejut dengan hit/statistik untuk belogg ni. Terima kasih saudara saudari kerana sudi jenguk belogg yang pada aku hanyalah sebuah diari, sebuah platform untuk aku luahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Terus terang cakap la, beza memang berbeza bila aku story kat orang dengan aku taip kat sini. Entah, feeling yang aku dapat memang puas sampaikan boleh ibarat macam kena dadah. Hahaha. Enough slot intro merepek! Aku pecahkan kepada dua bahagian. Preview berkaitan apa yg akan berlaku dan apa yang dalam perancangan aku untuk masa akan datang manakala Review pula berkisarkan apa yang telah terjadi sepanjang keberadaan aku dalam dunia sebagai mahasiswa, manusia, insan punya perasaan dan sebagainya. Maaf aku akan mungkir janji aku kerana dalam entri ini aku selitkan "wayang lama" yang entah bila akan sampai ending nya. Maaf yang pertama aku mohon kepada brader (tak perlulah diperkenalkan, aku tahu siapa dan kau tahu siapa kau.hehehe) andai kata-kata dan sebagainya akan mengguris perasaan kau. Maaf sahabat!

Preview

Cuti pun dah nak habis. Naik semester nanti mulalah kembali rutin harian aku, pergi kelas, makan tidur, delivery, berprogram dan hadap FYP. Sedar tak sedar jugak aku tinggal berapa bulan ja lagi nak menghadap/keluar masuk pagar UTM nih. Aku rasa macam baru je daftar sini. Hahaha feeling junior sangat enn.

Dalam masa yang sama aku jugak kena rancang mana celah aku nak berkelana untuk practical. Kalau lah boleh kan, aku nak aje lari jauh-jauh kat tempat tak siapa/sorang pon yang kenal aku. Tapi yang jadi persoalannya kat mana yang aku nak menapak tuh? Pilihan yang aku nampak tak pusat serenti kat penjara tak pun kat company2. If tak ada pilihan jugak nampaknya aku cuba try test dekat2 JB ni aje lah gamaknya. Harapnya semua berjalan lancar lah

Seterusnya untuk FYP aku, sumpah masa cuti ni aku tak sentuh langsung, Cuma pegi edar dan kutip questionnaire saje. Dengan tak buat correction, cari sumber yang betul etc. Nampaknya banyaklah masa yang aku kena curi dari masa rehat aku sem depan. Kali ni tak boleh dah ulang silap sama. Kang tak graduate aku. Hahaha. Gelak jelah walaupun tak kelakar. Jadi takut pulak adalah. phewww

Lagi, aku pun masih buntu sama ada nak habiskan kat sini saje n pulun terus cari rezeki ataupun sambung if ada peluang untuk 2 tahun kurang lebih. Ini pun berkait rapat dengan cita dan cinta. cehh hahaha takde lah. Semua ni rezeki, kalau kata dapat alhamdulillah boleh la panjang langkah lagi dalam field yg aku amek nih. If Tuhan kata rezeki aku kat tempat kerja nanti alhamdulillah. Pun okay jugak. Cuma if jadi camtu aku pun boleh la berkira-kira cari lubang/peluang untuk sambung master kat obeseaa.. InsyaAllah if ada rezeki. Nak sangat hidup kat tempat orang nih. Mana la tahu kan, kita ni kadang-kadang angan-angan yg nampak macam mustahil je nak capai ni la yang jadi. Keep in faith. Amin

Kesimpulannya untuk preview, kurang lebih 10 tahun bermula dari sekarang aku dah kena plan apa yang aku nak jadi, apa yang aku nak capai, apa yang aku nak ada, keta apa yang aku nak pakai, siapa bini aku nanti. ehh, kat mana tempat aku cari rezeki. Segalanya bermula di sini lah. Ya semester depan. Pada aku semester depan banyak main peranan sebab sem depan dah kira last sem aku nak kena hadap and keluar masuk kelas hadap kuliah etc. Lepas ni dah pegi LI takde dah nak hadap muka lecturer yang sama.hehehehe. InsyaAllah semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin. Good luck jugak kat kawan-kawan sekalian (if korang baca lah :p)

Review

Haaa dah masuk bab review dah. First of all aku nak cakap mungkin part ni memboringkan korang yang baca sebab ada bahagian yg aku kena ulang dan ulang. So brace yourself lah bila baca tu. Jangan lah simbah kopi kat screen laptop or campak tablet/phone dan sebagainya ya. Hihihi

Kurang lebih dah 22 tahun aku hidup, Hampir 4 tahun bergelar mahasiswa, 2 tahun jadi budak matrik, 5 tahun jadi student skolah menengah dan sebagainya. Banyak yang aku belajar daripada keadaan sekeliling. Baik kawan mahupunn lawan. Maka bermulalah untuk aku review segala kenangan yang dah terjadi kat aku. Ya, aku tak pernah buang kenangan and yes, I never throw away good memories! Sebab aku tak mampu buang semua tu. Sebab aku rasa kenangan tu semua limited edition yang mungkin aku sorang saja yang lalui dan kalaupun ada yang lalu benda yang sama pasti takkan serupa. Sedangkan kembar pun ada yang berbeza enn.huuu

Dimulakan dengan zaman skolah. Ya aku ni boleh dikategorikan sebagai budak nakal jugak lah even songkok kat atas kepala dari form 1-3. Satu kelas kena penangan daripada kepala gila-gila kitorang nih. Ya, aku jenis tak buat kerja sorang. tak seronok. Jadi bila ramai-ramai tu la yang jadi kerja. hahaha. kena bersihkan kolam ikan skolah lah, kena duduk bawah meja lah, diri satu kaki kat atas tangan naik sebelah lah. Pheww. Yang paling takleh blahh masa tanda kertas kawan-kawan, Budak ni dapat 80%. Bijak nye aku ni nombor 8 tu dah betul tapi nombor 0 tu aku pegi lukis-lukis muka alien lah, % ni pon jadi mangsa, bulat dua atas bawah tu buah muka orang. elok ah mendapat sebat. Kah3. Cuma yang banyak memalukan aku and some of friends still ingat lagi benda ni. 1st week hari jumaat aku p skolah pakai baju melayu sekolah agama. Form 1 ya! Haram jadah tu plak aku sorang dalam beratus-ratus orang. Mana nak letak muka! Gila tebal bak ang.HAHAHAHA. Lagi dengan samping nya terlucut time perbarisan, 2 tahun berturut2. Hampeh asek aku ajelah kena bila membe2 open story pasal skolah.ceyt!! ahaha


Sampailah aku pegi matrik, masuk U, Alhamdulillah jadi la orang even tak bape nak betul jugak kepala.hahaha. Tapi best la, bila kenang balik rupanya banyak benda yang aku boleh belajar dan yang boleh aku gelakkan. Gelak bukan sebab rasa bangang. Tapi sebab rasa bertuah aku dapat rasa semua tu. Termasuk lah love at the first sight! Pheww. 

Dan maka masuklah review yang sebenar-benarnya. aku rasa kau baca punye bro. Sebab I know you will. First of all aku nak terima kasih banyak-banyak. Kalau bukan kerana kau dia takkan bukak belogg aku dan tahu apa yang aku dah lalu selama ni. Aku sendiri pun tak faham kenapa boleh berlaku konflik antara kita bertiga. Ya aku katakan kau bukan dalam persaingan. Ya aku tak tipu. Tapi dalam pada masa yang sama aku masih ada perasaan tu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Yapp I always ask Him kenapa aku kena ada dalam situasi ni lagi? Aku tak berminat untuk compete semata-mata nak dptkan hati seorang perempuan. Yang aku boleh katakan aku buat kerja aku; doakan kebahagiaan dia. If dia ditakdirkan untuk aku dekatkan hati kami dan mudahkanlah semuanya. dan andai dia bukan untuk aku, aku doakan dia jumpa lagi baik daripada aku. dan lapangkanlah dada aku untuk terima takdirMu Tuhan. Jujur kawan, aku tak ada niat lain melainkan nak tengok orang yang pernah aku sayang (mungkin masih ada lagi sayang tuu) bahagia. Tapi aku terkejut kenapa kau muncul seolah-olah aku ni diugut untuk berhenti berharap padaNya. Dan dalam masa yang sama aku rasakan kau "over-protective" bro. Maaf itu yang aku rasa. Maaaf jugak andai kau terasa.

Ya, aku dan kau, kita masing-masing punya cerita. Yupp, I'm not regret if she love you. But I'm regret she leaves me at the first place, dalam masa yang sama aku doakan yang dia berubah. Ya she changed, cuma bukan dalam situasi dan keadaan yang aku impikan. Tapi siapa kita nak tolak takdir? Manusia hilang pedoman je yang tak terima takdir/ketentuan dariNya.

Apa yang aku boleh katakan kat sini aku tetap mintak kat Dia supaya tunjukkan jalan untuk kita bertiga. Aku tak mampu nak cakap nak luah kat dia, aku hanya mampu bergantung harap pada DIA saja. Sedangkan kau masih ada peluang untuk buktikan kat dia. Jadi aku mintak apa-apa yang akan jadi satu hari nanti biarlah masing-masing berlapang dada. Andai dia dan kau, aku doakan korang bahagia. yang tinggal kat aku hanyalah lagenda, kenangan. Jangan risau insyaAllah aku boleh terima. Dan andai aku dan dia. Aku minta maaf kat kau kawan, aku tak ada niat nak rampas dari sesiapa. Aku cuma terus dan terus berdoa agar dia "pulang" kat aku. Dan aku sentiasa ingat yang kau sorang yang brave enough untuk hadap semua ni. Kerana aku percaya pengakhiran yang indah untuk semua ni. Maaf aku tak mampu direct cakap semua ni kat kau kawan. Sebab aku percaya peluang masih ada, baik untuk kau dan juga aku. 50/50 mungkin. Tapi yang pasti "ball possesion" memihak kau kawan.

Nothing to worry about past, sebab yang indah ni hanya seketika, dunia ni sementara, ada benda yang penting nak dikejar. Aku harap benda-benda ni tak ganggu gugat kelangsungan hidup masing-masing. Maaf sekali lagi sebab aku tipu kau. Ya aku masih simpan perasaan tu. Tapi pada aku biarlah aku sendiri yang rasa, aku sendiri yang usaha mintak kat DIA, sbb aku takut kau jugak yg jadi mangsa. Aku tahu kau dah cukup derita sebelum ni kawan..... Selamat hari lahir in advance :)

p/s: wake me up when September ends. Sebab aku nak bermimpi, bermain dengan khayalan yang aku cipta.

Maaf sekali lagi
Salam



3/9/2014

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...