Assalamualaikum wbt. Selamat tahun baru diucapkan. Bersempena dengan post yang ke 99 untuk blog ini dan memandangkan ia jatuh kepada post pertama 2016, aku terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan sahabat yang aku sendiri lalui. Untuk tidak berbicara panjang, aku mulakan kisah ini.
Sahabat. Sepanjang dua dekad lebih aku hidup, bermacam-macam orang dah aku jumpa. Ada yang datang ada yang pergi. Namun erti sebuah persahabatan itu cukup tinggi nilainya di sisi. Baik mereka yang datang bersama hampir satu dekad mahupun yang menyinggah walaupun sehari dalam hidup ini. Setiap daripada mereka mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Ya! ini semua kerja Tuhan.
Sebenarnya, alhamdulillah aku masih punya kawan-kawan disekeliling yang mana boleh menerima karakter dan personaliti aku tanpa prejudis dan menghukum. Begitu juga mereka. Dari zaman sekolah rendah (alhamdulillah masih contact sehingga kini), sekolah menengah, matrikulasi dan universiti, aku berjaya mencelah masuk atau bahasa mudahnya berada dalam satu "bubble" yang besar dengan mereka semua. Contohnya Geng Bilik Tiga, alhamdulillah sedar tak sedar masing-masing dah habis belajar dan ada yang dah kerja. Walaupun masa bersama dulu cuma setahun je. Tapi mampu bertahan sampai sekarang. Maka untuk post kali ini aku tidak berniat untuk memfokuskan kepada kumpulan-kumpulan besar ini. Aku lebih suka untuk bercerita berkenaan Kisah Tiga Sahabat.
Seperti watak dalam filem klasik Allahyarham P. Ramlee, mengisahkan penceritaan melalui tiga sahabat menempuh liku hidup bersama. Contohnya, Koleksi Bujang Lapok dan Koleksi Do Re Mi. Alhamdulillah aku juga punya kumpulan kecil seperti ini.
Kisah 1
Kisah yang pada aku sendiri dari awal tidak menjangkakan keakraban seperti ini. Aku, Sani, Mat. Seperti yang aku katakan. Perkara yang tidak dijangka ini telahpun berlaku. Walaupun mereka ini boleh aku katakan statusnya seperti abang-abang kepada adik. Namun kami masih boleh duduk bersama, gurau gelak tawa bahan membahan bersama. Yang aku nampak kat sini betapa pentingnya nilai sebuah penghormatan. Respect each other. Tidak melepasi garisan yang dibuat secara tanpa sedar. Perbezaan jangkauan umur tidak menjadikan kami awkward untuk bergelak tawa. Malah menjadikan kami lebih "sekepala" dalam banyak hal. Daripada isu dunia, isu kereta, membawak kepada isu Chinggey. Dan tidak dinafikan, insan-insan inilah menjadi tempat rujukan aku selain orang tua aku dalam menyelami pengalaman hidup mereka. Tidak dinafikan juga perjalanan cinta dan segala taktikal dan sebagainya. Hoii.. Ilmu macam ni susah woo nak hadam. Dah macam pengawas dah mereka ini membahan tindak tanduk aku kalau dalam bab cinta bagai nih. Namun Alhamdulillah aku bersyukur kehadiran mereka ini. Susah senang sama-sama. Jumpa tiap-tiap minggu tapi setiap minggu tu jugak lah macam-macam cerita yang boleh diceritakan. Tak pernah kering idea. Aku doakan kalian sejahtera hendaknya, dipermudahkan urusan hidup dan dimurahkan rezeki. Aaminn
Kisah 2
Kisah ini pula melibatkan persahabatan di universiti. Entah bagaimana kami ini boleh get along together walaupun masing-masing punya kepala yang berbeza, perangai berbeza, hobi yang berbeza dan yang penting citarasa yang berbeza. Walaupun masing-masing ini ada dunia mereka sendiri, namun dapat bersama untuk sesuatu yang dirancang. Pada aku ini ajaib!. Kisah ini merupakan kisah Aku, Ijam dan Zaine. Deskripsi awal. Aku yang jiwanya gila, kasar, berlagak macam macho tapi kelaut. Ijam pulak jiwa-jiwa luka, penari berjaya, punya prinsip hidup tetap dan tekun. Zaine pulak agak sedikit feminin, jiwa yang sentiasa steady, gerak kerja kemas dan check and balance terbaik di antara kami. Saling melengkapi lah kata orang. Bermula sebagai kenalan biasa macam orang-orang lain masuk universiti. Mula rapat bila mana sama-sama pegi kelas. Lepas tu berpisah dengan kawan-kawan lain untuk stay dekat kolej yang sama. Aku rasa di situ lah mulanya "kebersamaan" tersebut. Kami senang buat aktiviti bersama. Layan movie. Kadang-kadang cerita tu aku tak minat. Tapi bila dah sama-sama benda simple pon boleh jadi bahan ketawa. Begitulah sebaliknya. Sebab itu juga lah aku mula kenal Running Man dan sebagainya. Hasil pengaruh mereka juga aku kenal hindustan lah apa lah (sebab memekak pagi-pagi bukak lagu hindustan)(yang sorang lagi alarm jam lagu korea macam suruh dodoi balik). Kebersamaan ini capai permulaan yang cantik bila mana aktiviti tu lah. Yang best adalah perjalanan tidak dijangka dek akal. Pergi ke Singapore pada hari jadi aku. Seterusnya klimaks yang unggul bertiga ke Krabi, Thailand! Alhamdulillah juga, masing-masing dah ada life sendiri, aku dan zaine bakal bergelar pelajar, manakala Ijam dah punya platform kukuh untuk mencipta kerjaya. Di sini terbukti walaupun masing-masing ada life sendiri, tapi bila masuk bab yang sekepala, masih boleh layan dan sebagainya. Aku juga doakan semoga semuanya bahagia dan masing-masing peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Sebelum aku tutup cerita kali ini, janganlah pula ada yang terasa hati. Yang sebenar-benarnya, aku cukup menghargai sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup aku, sekejap ataupun lama, dari zaman sekolah ataupun universiti. Banyak nama yang aku boleh sebutkan kat sini sebenarnya. Terima kasih kepada korang semua sebab hadir dalam hidup aku dan yang penting, sanggup terima untuk bersosial dan berinterasi dengan aku yang mungkin pada sesetengah orang beranggapan aku ni jenis yang menyombong, jenis kawan makan kawan dan sebagainya. Tak apa. Aku hargai kalian semua. Tak semestinya kita berbeza pendapat kita tak boleh bergelak tawa duduk satu meja untuk kongsi benda yang sama kita gelakkan? Cuma dari segi penerimaan tu jelah membataskan. Ya. Aku faham. Itu hak individu.
Akhir kata, kepada Tuhan aku memohon setinggi kesyukuran di atas kurniaanMu kepada ku iaitu kawwan-kawan yang memberikan inspirasi dan kesan ke atas kehidupan ku seharian. Kesan yang positif yang mampu aku bawa dan sebarkan kepada mereka yang lain. Aku doakan juga agar kawan-kawan yang mengenali aku ini walaupun hanya tahu nama aku sahaja dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki dari masa ke masa seterusnya hingga ke Hari Akhir. Terima kasih. SAHABAT semua.
0 comments:
Post a Comment