Fellow Friends

25 September 2018

Tough Time

Sedetik demi sedetik, waktu pun silih berganti. Hari juga berganti terbitnya bulan diganti mentari. Aku? Masih begini. Masih di sini dan sentiasa begini. Menghadapi saat-saat sukar ini. Sendiri.

Melangkah mencari tenang, berjalan mencari hikmah.

Masa-masa yang sukar untuk aku pada hari ini. Boleh dikatakan segenap ruang memberikan tekanan. Alhamdulillah masih mampu menepis yang mana bisa ditepis. Paling mencabar adalah berperang dengan diri sendiri. Aku amati bait-bait "Battle Symphony" seraya berkata kepada diri, adakah ini juga satu depresi? Allahu. Moga moga dijauhkan.

Saat sukar ini juga aku sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang pada mata sesetengah pihak dianggap useless, buang masa tak berfaedah dan sebagainya. Aku juga masih berjuang dengan kehidupan sendiri, mencari hala hendak dituju. Pada saat dan ketika ini setiap keputusan yang diambil adalah sangat crucial dan mampu memberikan impak kepada perkara-perkara lain.

Ada sesetengah pihak menggunakan analogi mudah, "kalau dah lapar pergi jelah makan. Tak perlu fikir nak makan apa makan kat mana tak perlu plan apa pun. Redah sahaja". Namun disebalik redah sahaja itu ada consequences yang bakal dihadapi. At least di mata aku itu ada sedikit persediaan aka contingency plan terhadap setiap tindak tanduk kita.

Dalam masa yang sama kenangan lalu juga mampu menggugat keadaan diri. Setiap apa yang terjadi memaksa aku untuk lebih berhati-hati dalam melangkah. Satu ketika juga membuatkan aku terfikir, andai aku mengambil tindakan yang sama pada masa dan waktu yang lalu, adakah segalanya bakal berubah? Akhirnya aku terjaga dalam lena ku sendiri. Bangkit! Persetankan masa lalu.

Entri tangkap muat kali ini aku sengajakan. Maafkan aku. Susah juga berbicara tanpa tujuan, menulis tentang perkara-perkara abstrak. Aku juga merindui sentuhan magis melalui kata-kata yang indah seperti mana entri-entri sebelum ini, yakni bertahun-tahun yang lalu. Mungkin pengalaman memberikan impak dan kesan kot. Aku cuba sedaya mampu yang boleh. InsyaAllah.


Ya waste entry kali ini, aku harus akui. Kbai guys.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...