Fellow Friends

10 October 2018

Lowest Point of a Life

Malam yang tenang. Suasana hari ini dari pagi sampai ke malam redup aje. Seakan mengisyaratkan bahawa hati aku juga sedang gundah gulana. Jam menunjukkan hampir jam 12 pagi, hari juga hendak silih berganti. Namun perasaan dan kegusaran di hati makin menjadi-jadi. Aku sendiri ternanti-nanti apakah petanda untuk semua ini.

Lampu bilik ditutup manakala lampu meja dibuka. YouTube di laptop dilayari dan malam ini mood aku ingin sekali mendengar lagu Allahyarham Tan Sri S.M Salim - Rupa Tak Seindah Wajah. Saat lagu di mainkan aku mula membiarkan jari jemari menari di atas papan kekunci laptop ini. Terasa seperti kembali ke zaman lalu, sungguh syahdu.

Depresi. Satu keadaan di mana kau berasa kau dalam kedudukan paling rendah dalam hidup kau. Kadangkala membuat diri kau struggle untuk bergerak ke hadapan. Melihat keadaan sekeliling, menempuhi peristiwa-peristiwa tragis dalam hidup ini membuatkan kau seakan ingin berhenti di sini. Relax dan tak nak berbuat apa-apa. Ya itu keadaan aku sekarang.

"Even heroes have the right to bleed"

Dalam umur sebegini rupa, aku masih terkebelakang berbanding yang lain. Ya aku sedia maklum tentang rezeki dan juga pace setiap orang berbeza. Aku juga sedang dalam pace yang sama hampir berbulan-bulan lamanya. Setiap kali ketemu rakan-rakan, Alhamdulillah perasaan cemburu itu tidak wujud, cumanya kerap kali aku meminta mereka mendoakan aku semoga dipermudahkan urusan. Baik urusan kehidupan, kerjaya dan lain-lain.

Lowest point of my life.

Itu merupakan kata-kata yang tepat. Namun dengan apa yang terjadi aku juga harus bersyukur dan terus bersyukur. Aku juga manusia biasa, sampai satu tahap mengeluh tu tetap ada. Namun sejauh dan sekerap mana mengeluh itu haruslah dikawal. Alhamdulillah. Moga-moga masih dalam kawalan. Seterusnya apa yang memotivasikan aku saat ini adalah berkaitan ujian-ujian ini. Semestinya janji Tuhan itu pasti. Setiap hujan, ribut petir yang didatangkan pasti dikirimkan juga sang pelangi indah di kemudiannya.

Saat sukar ini memberikan pengajaran berguna untuk aku. Sedikit demi sedikit buat aku belajar tentang kehidupan. Kehidupan yang mana setiap isinya bukan hanya berkisar tentang aku sahaja. Keseimbangan di antara diri sendiri dan pihak lain juga perlu. Ada yang mengalah namun tidak bermaksud kalah. Ada juga yang memenuhi ego demi sebuah kepuasan. Ada pula mereka ingin capai apa yang diinginkan walau dengan cara apa sekalipun. Ada yang memandang hal ini optimis mahupun oportunis, ada juga yang melihat sudut matlamat tidak menghalalkan cara. Ada juga yang dalam kehidupan ini berjuang demi memuaskan hati pihak lain sehingga mengabaikan hati dan perasaan sendiri. Ada yang masih clueless dah speechless untuk memulakan bicara berkenaan hal sebenar yang terjadi. Ada yang masih mencuba menerima ketentuan-Nya dan ada yang masih struggle dengan apa yang terjadi. Jika nak dihitung tak terkira hal ini. Segala apa yang terjadi semestinya ada hikmah-Nya. Aku sendiri mengharapkan yang terbaik di atas apa yang terjadi ini. Bukan sahaja kepada aku malah kepada insan-insan yang terlibat. Amin Ya Allah.

"It's not easy to be me"

12:48 a.m
10/10/18

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...