Fellow Friends

26 November 2018

Post ke-125: Meraikan Kalian sebagai "Peminat"?

Assalamualaikum wbt. Hai readers. Alhamdulillah tak pernah terfikir yang posting aku di lembaran putih yang mana dulu ada waktu tersangatlah rajin update posting dan ada juga waktu langsung takde mood nak menulis apa-apa walaupun idea dan content terlalu banyak bermain di kepala. Dan aku tak pernah menjangkakan ada lah juga sambutan terhadap satu sisi yang lain dari diri aku kat sini. Terima kasih aku ucapkan.

Sebelum kita menyusur arus dengan lebih dalam. Aku terima baik rakan-rakan yang sudi jenguk dan sudi memberikan feedback terhadap penulisan aku. Aku amatlah hargai. Untuk pengetahuan kalian, seperti mana aku cakap through our conversation sewaktu kalian memberi feedback, aku anggap ruangan ini merupakan ruangan peribadi untuk aku, suka duka apa yang aku lalu, aku sematkan di sini. Tujuan utama adalah sebagai kenangan dan juga pedoman, baik untuk aku ataupun pembaca sekalian. Aku juga mengambil inspirasi daripada sebuah drama suatu ketika dahulu iaitu Blogger Boy. Justeru aku jadikan sebagai hobi dan juga sebagai ruangan untuk aku melatih diri dari segi penulisan dan sebagainya. Begitulah sehingga sampai ke post yang ke 125 ini. 125 ni pula aku pernah tonjolkan suatu masa dahulu iaitu meraikan ulangtahun Arsenal yang ke-125 tahun. Harini ini aku pula meraikan posting ke 125 dengan cara yang cukup berbeza dan mungkin unik pada "sesetengah" pihak.

Baik kita pergi kepada perkara yang lebih tuntas. Seperti yang aku pernah coretkan sebelum ini, ada yang memberi feedback terlalu deep dan ada yang kurang memahami. Aku hargai usaha kalian untuk meluangkan masa di sini. Jujur aku amat hargai. Ingin aku jelaskan, aku dah anggap ruangan ini sebagai ruangan peribadi aku. Ada sesetengah waktu aku juga ingin "bicara sendiri" yang mana aku je yang faham pada waktu dan ketika itu. Kalau difikirkan balik, dalam 10 posting deep yang aku tulis, rasanya dalam 1 ke 2 je yang aku betul-betul ingat apa benda yang deep tu. HAHAHA

Aku juga berterima kasih kepada seorang "stalker" sejati. Aku tak tahu aku nak namakan sebagai stalker ataupun insecured person. Stalk sahaja tu tak apa. Itu hak dia, aku tak pernah halang orang nak buat apa-apa selagi takde berkaitan dengan aku. Buatlah. Cuma yang menjadi kepedulian aku adalah dia ni dah lah stalk sini, lepas tu ada hati nak buat assumption dan conclusion sendiri. Benda yang tak berkaitan langsung pula tu yang diada-adakan. Aku agak sukar nak melabel individu. Sebab aku lebih prefer meraikan sesiapa sahaja walaupun berbeza macam mana sekali pun. Cuma individu ni aku tak mampu husnuzon. Maafkan aku. Psychopath, stalker and insecure. Itu jela kot kata-kata yang sesuai untuk melambangkan stalker tegar di ruangan ini. Seboleh-bolehnya dia nak korek sejarah silam aku, kemudian hentam aku dengan mengada-ngadakan cerita berdasarkan pemahaman beliau sendiri. Allahu. Apalah salahnya untuk bertanya terlebih dahulu. Kan lebih elok begitu. Seperti mana ada sesetengah rakan yang sudi menyinggah di ruangan ini. Kalau ada apa-apa persoalan mereka contact aku personally. Dan dalam masa yang sama mereka faham akan hak mereka dan hak aku. Aku berhak untuk cakap dan tulis apa yang aku rasa di sini. Mereka juga ada hak untuk bertanya dan memberikan pandangan. Aku hargai mereka ini. Termasuklah dia si stalker, insecure dan psychopath ini. Sebab dengan bangganya mengaku dah khatam posting aku di sini sehingga boleh mengeluarkan dakwaan dan"fatwa" sendiri. Hahaha. Nak tahu apa yang best? Sebelum dia mengaku dia stalk ruangan tak bersalah ini, aku sendiri dah tahu. apalah susah sangat. Statistic user semua ada kat sini lah adik. hahaha





Tak semena-mena hari-hari ada orang "asing" (baca yang highlight kuning tu) visit blog aku. Adui. Aku respect juga kegigihan dia ni. Cukuplah. Esok lusa nak kecap hari bahagia dah. Dah dapat semua jadi nak apa lagi. Cuma sedikit ingin berpesan. Dalam dunia ni semua benda boleh dibeli boleh diniagakan. Tapi tulah, bila bicara soal hati ni bendanya terlalu subjektif. Tapi jangan risau. Aku dah lalu macam-macam benda dalam hidup berkaitan soal hati ni. InsyaAllah perkara sebegini tidak terlalu berat untuk aku terima. Buktinya aku masih mampu senyum dan bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah. Dalam masa yang sama aku juga faham. Ada cinta yang tak semestinya memiliki. Apalah salahnya untuk aku meredhai semua ketentuan Ilahi. Kerna Dia sebaik-baik perancang. Dan andai dapat memiliki tu, buatlah sebaiknya. jadilah orang yang sebetulnya. ubah segala sikap "budak-budak" tu. Especially "listen to reply not listen to understand". Ubahlah. Cuba dengar pendapat dan pandangan orang lain. Jangan buat kepala sendiri. Lepas ni kan dah jaga anak orang. usahalah jadi yang terbaik. Aku sendiri tak menyesal dengan apa yang aku lalu. Aku masih pegang biar mati mencuba daripada mati kecewa. Aku malas juga nak "ceramah" panjang lebar nanti takut ada yang sentap tetiba muncul semula. Muncul saje tak apa wei. Ni muncul dengan maki nya bagai. Hahahaha. Agaknya dengan buat macam tu boleh puaskan hati lah kot. Apapun aku masih doakan yang terbaik untuk kalian. Cinta ni lebih kepada memberi bukan menerima. Kau bagi apa saje tanpa harapkan apa-apa balasan. InsyaAllah datanglah keikhlasan tu. Rasanya menjawab lah persoalan yang pernah ditanya "macam mana nak jadi matured". Aku pun bukan pandai, pengalaman banyak mengajar. Cukup la satu posting ni aku dedikasi kan kat si gila ni. Hahahaha

Walaupun dalam kepenatan, hari esok masih banyak nak diusahakan. Aku gagahkan juga untuk "meraikan" posting ke-125 ini. Sekali lagi terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi menjenguk di sini. Kepada yang tak diundang tu lepas baca posting ni, boleh lah stop jadi stalker, sebabnya tak ada apa-apa yang berkaitan dengan anda mahupun pasangan anda dah lepas ini ya. Aku pun harap sangat cukup-cukuplah petik nama aku. Move on. Kesian kat aku wei asyik tersedak je. Kahkahkah!

-Hidup ini memang palat. Tapi usah risau, esok masih ada-

Mencari tenang seketika, bermusafir menutup cerita 2018




Masih di sini, menikmati dingin malam. Seperti biasa ditemani kopi dan aroma menyegarkan jari jemari yang kesejukan. Teruslah menari wahai jari jemari, biar sampai jejak posting ke seribu kali. Andai nyawa dan jasad masih bersatu, bersemadi dalam diri. Izinkan aku pergi. Salam

26/11/2018
3:41 pagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...