Fellow Friends

23 December 2018

Review 2018 - Sebahagian Roda Kehidupan

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk meluangkan sedikit masa di sini walaupun dalam kesibukan dunia yang fana ini. Pejam celik pejam celik dan masih mampu pejam celik bukan pejam tak celik-celik, masih mampu menikmati sebuah kehidupan. Pada waktu dan ketika ini, aku masih belum mampu melelapkan mata. Aku juga pernah terbaca beberapa fakta tentang masalah tak boleh tidur malam ni. Ada yang menyatakan disebabkan hal kerja dan sibuk memikirkan urusan harian sehingga terbawa-bawa sampai ke bilik tidur. Maksudnya otak masih bekerja walaupun badan dah nak berehat. Ada juga fakta yang menyatakan bahawa susah tidur ni disebabkan masalah jiwa, hati bercelaru dan sebagainya. Aku? Masih tak tahu yang mana satu. Sebab kalau diikutkan dari zaman belajar dulu pun memang susah nak tidur. Hahaha. Waktu yang paling best tidur adalah selepas subuh. Burung hantu beb.

Berbalik kepada tujuan aku buat posting pada kali ini. Tatkala wisel half-time Man Utd - Cardiff City baru berbunyi menyaksikan pasukan bimbingan legenda Ole Gunnar Soskjaer mendahului dengan jaringan 3-1. Jangan risau, Arsenal pun dah memang tadi lawan Burney. 3-1 juga. Okay maafkan aku. Selingan manja.

Tahun lepas aku tak pasti sama ada aku ada buat review ke tidak pasal 2017. Sebab masa tu aku ingat memang busy teruk dengan internship nya, latihannya, thesisnya, conference lagi. Phewww tak terbayang kesibukan time tu. Tapi itu tahun lepas punya cerita lah. Tuptup dah masuk hujung 2018. Allahu sekejap aje rasa masa berlalu.

Aku cuba beri sedikit review berkenaan bagaimana kehidupan 2018 aku. Ditegaskan, ini merupakan ruang peribadi aku. Ini juga ruang simpanan segala kenangan yang mana aku mampu simpan lah. Di sini lah tempatnya.

2018? Penuh liku-liku kehidupan. Pheww. Aku pernah dulu ungkapkan dan pegang. Hidup ini umpama roda. Sekejap kat atas sekejap kat bawah. Itu tidak penting. Asbabnya mudah sebab fitrah dan hukum roda memang begitu. Apa yang kita perlu fikirkan adalah di mana roda kehidupan kita itu berpusing. Sama ada di atas rumput hijau cantik mata memandang atau di atas jalan raya bertar hitam di waktu panas terik mahupun di atas jalanan penuh dengan lumpur yang mencomotkan roda tersebut. Itu semua kita sendiri tentukan atas dasar kuasa "Pilihan". Ya kita bisa dan mampu memilih untuk kehidupan kita. Namun kita seharusnya berani untuk membuat pilihan dan kekal dengan keputusan yang dibuat. Namun begitu tiada yang kekal dalam dunia ini. Seandainya apa yang kita usahakan tersebut menemui jalan buntu, carilah penyelesaian terbaik. Begitulah sedikit sebanyak kata-kata yang masih dijuangkan aku sehingga ke saat ini.

Aku juga menggunakan prinsip le prof. Kerap aku gunakan quote ini. "If you don't believe you can do it then you have no chance at all". Di sini lah bermulanya optimis untuk diri aku dalam melakukan setiap hal dalam kehidupan. Positive vibes tersebut sangat membantu dalam merencana jalan kehidupan. Kepercayaan diri juga sangat penting namun masih ada garisan yang sangat halus di antara percaya diri dengan terlalu yakin. Aku juga masih mendalami hal ini. Banyak juga perkara yang aku buat dah melepasi garisan halus tersebut. Akhirnya segala risiko aku kena hadap. Itulah kehidupan.

Aku juga bermain dengan kata pujangga yang tak berapa pujanggan ini. Kata-kata yang mampu memberikan sedikit harapan dalam menjalankan tugasan seharian. Kata-kata ini juga mampu memotivasikan aku dalam setiap kali ingin membuat keputusan terhadap kehidupan. Kata-kata ini juga membuatkan aku berani berdepan permasalahan atau consequences yang berlaku di atas keputusan aku tersebut. Aku juga pernah ungkapkan kata-kata ini sejak beberapa tahun dulu. Realiti kehidupan, "Biar mati mencuba, jangan mati kecewa". Itulah antara azimat penguat dalam setiap tindak tanduk aku beberapa tahun ini. Antaranya adalah keputusan besar aku menolak peluang kerjaya di sebuah universiti demi meneruskan impian menggapai pengetahuan dalam bidang yang aku ceburi ini. Keputusan crucial sebegini juga pernah terjadi sebelum ini melalui siri "boarding school dropout" dan juga keputusan beralih bidang daripada perakaunan ke bidang psikologi. Begitulah kehidupan kita seharian. Sentiasa bermain dengan keputusan.

Panjang betul pembuka bicara. Hahaha. Serba ringkas untuk review secara tahunan. Satu pertiga pertama 2018 dipenuhi dengan kesibukan. Penuh kesibukan. Kesibukan yang berterusan. Pelbagai kesibukan namun jiwa dan hati masih dalam keadaan steady. Orang kata berbunga-bunga. Ya dalam hati penuh bunga. Perjalanan yang pada aku walaupun tough dengan kesibukan tapi dipermudahkan dengan jiwa yang tenang tersebut.

Dua pertiga 2018. Garis masa yang pada aku di mana permulaannya diteruskan dengan kesinambungan bahagia. Alhamdulillah setelah berhempas pulas dua tahun akhirnya menemui titik penamat yang indah. Sangat indah. Hari yang mana aku akan ingat sampai ke akhir hayat aku. Hari yang penuh dengan senyuman daripada orang-orang yang aku sayang. Segalanya cukup indah. Tapi begitulah kehidupan. Teringat aku akan kata-kata "jangan seronok sangat nanti nangis". Hahaha. Iya tepat sekali. Bermula ribut dan taufan melanda. Sedikit demi sedikit dugaan menimpa. Walaupun begitu aku masih mampu optimis dalam mencari jalan penyelesaian, perjuangan sebagai mana aku pernah juangkan sebelum ini. Klimaks kepada siri kejatuhan ini di kala umat Islam sedang bergembira meraikan hari kemenangan, aku yang pada awalnya clueless terus bagai ditampar dengan berita yang mendugakan. Kisah Bunga. Namun aku gagahkan juga untuk teruskan perjalanan.

Dipenghujung dua pertiga tersebut diberikan sedikit sinar di mana aku diterima untuk ditemuduga. Seakan sinar pengharapan disitu aku gagahkan jua. Alhamdulillah berjaya melepasi dua saringan hingga ke akhir. Namun calon akhir yang sepatutnya sudah mengetahui keputusan masih pending sehingga ke hari ini. Semoga sinar ini menjadi hikmah pada 2019 kelak. Amin. Memasuki akhir pecahan tersebut aku mula ditampar realiti. Hakikat sebenar yang aku masih jauh di belakang dalam banyak hal membuatkan aku terus kuat untuk berusaha lebih keras. Dimulakan dengan tamparan realiti perginya bunga. Disusuli dengan betapa kejamnya realiti dalam aku menyusuri peluang kerjaya. Sungguh tough sehingga wujudnya posting tough time tempoh hari. Tatkala aku sudah habis menyelesaikan tugasan yang dijalankan sepanjang awal tahun, aku mula kembali kepada realiti yang aku sendiri kabur dans samar-samar. Namun perjalanan ini harus diteruskan demi sebuah kelangsungan.

Begitulah cerita 2018 aku. Tak ringkas pun. Panjang je. Hahaha. Hint melepaskan geram juga pun ada. Displacement. Dan bila dah sampai hujung ni aku banyak fikirkan perancangan 2019 yang aku sendiri pun samar-samar. Tekanan demi tekanan sebelum ini sejujurnya menduga aku. Sedikit sebanyak aku ragu-ragu dengan kemampuan sendiri. Semoga aku dapat atasi hal ini dalam masa terdekat. Bukan mudah tapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk atasi. InsyaAllah.

Kesimpulannya. 2018 pada aku bagai roda ini bila diselusuri semula dah berupa persis roller coaster. Mulanya enjoy bahagia, masuk dipertengahan mula rasa takut, rasa menyesal sebab naik dan juga rasa nak turun cepat-cepat. Di akhirnya wujud kesan daripada naik roller coaster tersebut iaitu wujud simptom pening kepala, nak muntah rasa mual dan sebagainya. Namun selepas kesan tersebut hilang, aku masih boleh berbangga sebab aku dah merasai pengalaman tersebut dan sedikit sebanyak mana lah tahu mampu memberikan manfaat kepada insan lain termasuklah mereka yang sedang membaca posting ini. Amin.

Untuk 2018, aku ucapkan terima kasih di atas pengalaman yang mengujakan, Manis bersulam pahit. Cuma pahitnya masih terasa kelat dilidah. Ambil sedikit masa untuk dapatkan rasa manisnya semula. Masih menanti madu untuk bilas rasa kelat tersebut. Aku juga doakan insan-insan yang  pernah ada dalam cerita aku pada 2018, kalian dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan kalian. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. InsyaAllah ada rezeki ketemu lagi kita di lain tahun. Sukses juga untuk kalian pada 2019 nanti. Amin Ya Allah kau makbulkan doa kami ini. Amin.

Untuk 2019, sebagaimana daringnya aku mengatakan kepada 2018 "try me" dan akhirnya consequences daripadanya cukup besar aku telah terima masih tidak mematahkan semangat aku untuk mengucapkannya sekali lagi. Dear 2019, "try me! try me harder than this!". Aku harap dengan pengalaman jatuh bangun ini mampu buatkan aku lebih kental 2019 nanti dan tahun-tahuns seterusnya jika diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. InsyaAllah. Amin.

-kita tutup buku 2018. Harum ke busuk ke kita dah pun hadap. Berjaya ke gagal ke kita dah pun redah. Tutup dan simpan rapi elok-elok bersusun dalam almari bersama buku tahun sudah. Kita mula menulis buku yang baru hidup yang baru visi yang baru. Mana tahu esok-esok buku yang lama masih berguna untuk masa depan, rujukan untuk buku baru. Mana la tahu....bukan kita penentu. Dia yang lebih tahu. Tahu?

p/s: tahun ni aku rasa paling banyak aku menonton wayang. So aku boleh declare yang menonton wayang RM8 showtime pagi mampu jadi terapi stress dan sebagainya. Hahaha

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...