Fellow Friends

15 February 2019

Melangkah Februari

Assalamualaikum wbt.

Allahu

Salam jumaat korang. Aku doakan kalian dalam rahmat dan perlindungan Tuhan hendaknya. Amin. Aku tak bercadang nak "berborak" panjang di sini. Tergerak juga hati ini untuk kembali menulis dan kembali muncul di sini setelah beberapa kali juga meninggalkan medan ini. Mungkin lepas ini pun aku akan berkurangan kekerapan menulis serta menukilkan tulisan mahupun isi hati. Mungkin kekangan masa dan sebagainya. Ya segala semuanya berkemungkinan.

Alhamdulillah, kita masih diberi ruang nafas dan ruang waktu untuk bersama-sama melayari hari-hari di tahun baru ini. 2019. Tahun yang semua orang mempunyai perancangan mereka sendiri. Aku juga punya perancangan sendiri. Itu kita cerita lain lah. Kali ini aku nak kan posting yang lebih santai dan bersahaja. Alhamdulillah menjangkau usia 27 tahun pada tahun ini yang mana telah diberikan terlalu banyak nikmat dan keindahan walaupun disulam dengan tangis dan kedukaan. Begitulah juga kehidupan setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini. Rezeki cukup dan ngam bagi setiap satu.

Alhamdulillah juga apabila hampir setahun aku berusaha mendapatkan peluang kerjaya dalam bidang yang aku idamkan dan impikan. Rezeki tersebut datang pada 2019. Bila difikirkan semula, rezeki tu ada saja sama ada cepat ataupun lambat. Jika lambat, usah bersedih. Teruskan usaha. InsyaAllah yang terbaik akan muncul di hadapan.

Aku juga akan sedaya upaya menggunakan pengalaman lalu sebagai panduan untuk hari-hari mendatang. Banyak perkara kalau hendak dikupas secara detail memang takkan habis. Cukup aku simpulkan aku bersyukur dengan apa yang dah jadi 2018 which is tahun lepas. Seimbang di antara suka dan duka. Perjalanan perlu diteruskan juga perlu digagahkan demi sebuah kelangsungan hidup. Alhamdulillah. Aku tak minta banyak, cukup untuk diberikan kekuatan serta ditanamkan dalam diri dengan rasa cukup tersebut.

InsyaAllah langkah akan datang pasti semakin berliku dan mencabar. Namun dalam tenang, aku pasti ada doa-doa insan yang mendoakan aku tersebut dimakbulkan Tuhan. Aku mengambil peluang yang sama untuk mendoakan kalian semua dipermudahkan urusan. InsyaAllah langkahnya seakan masih sumbang, masih terhoyong-hayang. Tak apa. Masih ada kudrat masih boleh kayuh pelan-pelan. Kita cuba cara ini jika tak boleh kita cuba cara lain lagi. Tak cukup satu cara kita masih punya seribu usaha. InsyaAllah semoga Allah merahmati perjalan 2019 kita. Azam aku untuk 2019 hanya satu; "Hasbunalla Wani'mal Wakil".

Adios. Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat
4:40 a.m

Catatan Kaunselor Nubis

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...