Fellow Friends

06 March 2019

Akhirnya Sempurna [Buat Seketika]

Assalamualaikum wbt. Allahu. Sangat jarang la aku nak update blog ni waktu siang macam ni. Entah dari mana datang rajin nak update sedangkan kerja masih banyak yang tak settle. Detik dan waktu terus berjalan..... (lagu tau), untuk menyampaikan satu pesan yang aku sebenarnya tahu dan dapat menghidu akan semua yang berlaku tempoh hari. Reaksi yang berlaku disebaliknya itu berada atas kesedaran dan waras. Conscious.

March 2019. Bulan baik hari baik. Tahun tahun sudah pun sememangnya March memberikan segala bentuk positif kepada aku. Semoga March akan datang pun memberikan seribu kebaikan, jika dipanjangkan usia. Alhamdulillah aku tak perlu bercerita berkenaan March yang lepas, sebalik March yang lepas tersimpan sebuah kenangan. Baiklah dah nama pun kenangan. Kita simpan masuk kotak letak jauh-jauh. Kembali kepada realiti semasa.

Alhamdulillah, di usia bakal menjangkau dua tujuh, nombor yang ada juga signifikan terhadap diri ini sejak sepuluh tahun lalu, membawa ke beberapa tahun terkini. Aku dikurniakan rezeki kesihatan dan juga rezeki selaku offical registered counselor under Lembaga Kaunselor Malaysia. Alhamdulillah. Tempoh dekat sebulan lebih proses urusan daripada proses temuduga dan sebagainya. Tamat sudah satu cerita, berakhir sudah satu kisah.

Bila disingkap semula, keputusan terbesar yang perlu aku buat tiga ke empat tahun lepas, bulan March 2019 ini sebagai bukti "Ya, kau dah buat keputusan yang tepat". Usaha bertahun tipu lah kalau takde rasa nak give up. Cumanya setiap hari perlu dihadirkan diri tentang makna bersyukur. InsyaAllah semua urusan harian tersebut dipermudahkan. Hal ini sangat dekat persis sebuah gelas yang mana di dalamnya hanya terdapat separuh air yang berisi. Makna syukur adalah dengan menghargai baki yang ada. Manakala aku juga pernah suatu masa dahulu yang memfokuskan baki yang hilang tersebut. "Alamak, tinggal sikit je, ada separuh je, hilang dah separuh dan sebagainya". Jelas keadaan tersebut amat menyakitkan. Tatkala bila melihat rakan-rakan sebaya, sahabat handai waktu zaman persekolahan dan sebagainya settle down dengan urusan masing-masing, aku masih dalam "tempoh bertenang" mencari rentak kehidupan. Alhamdulillah kisah aku dipanjangkan hampir tiga empat tahun. Baru diberikan rezeki dan ruang melangkah ke fasa seterusnya.

Buat masa ini, selesai satu cerita. Aku bersyukur di atas ruang dan peluang menempuh kehidupan sebegini. Adakala ia sangat manis namun adakala juga ia terlalu manis sampai aku pun tak mampu telan. Namun kadangkala ada juga ketika ia terlalu pahit namun aku harus telan untuk pergi ke peringkat seterusnya. Dan ada ketika keadaan sekadar pahit untuk dikenang dan aku biarkan sahaja di situ.

Akhir kata, satu kisah besar sudah ditamatkan. Dalam kisah besar ini ada beberapa kisah picisan yang signifikan terhadap kelangsungan kisah besar. Jadi, bermula pengembaraan yang baru untuk kisah yang baru. Semoga dipermudahkan.

March always be a good month for me. Neve missed :)

6 Mac 2019 | 10:22 a.m | Aras 4 sebuah institusi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...