Fellow Friends

07 May 2019

Dipertemukan dengan Ramadhan

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan buat semua.

Alhamdulillah, kita masih diberikan keizinan untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Namun begitu, belum jaminan untuk kita melepasi dan meraikan hari bahagia kelak iaitu Aidilfitri. Semua rencana Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, dah masuk hari kedua berpuasa. Pada aku ia agak sedikit janggal. Tahun sudah alhamdulillah dimulakan dengan berbuka seisi keluarga. Tahun sudah juga ada berbuka bersama rakan dan sahabat serta beberapa insan tersayang. Tahun ini semacam dah tak dapat merasai nikmat tersebut.

Sebulan lebih aku tak coretkan apa-apa di sini. Padahal banyak benda nak diceritakan. Aku sendiri pun ada plan nak buat satu posting tribute khas untuk seorang sahabat ni. Namun masih tak berkesempatan dek komitmen kerja dan sebagainya. Betul lah kata mereka dulu kala, zaman belajar lebih seronok berbanding zaman kerja. Aku akuinya pada hari ini. Masa begitu terhad walaupun ada ketika dapat leasure time tu. Tapi still tak boleh lawan masa zaman belajar. Stress dan leasure dirasai dalam waktu sama. Gila.

Aku juga sedang mencari ruang dan peluang untuk terus berkarya di sini. Semua disebabkan keinginan hati yang ingin kembali menulis, mengasahkan lagi kata-kata puitis untuk dinukilkan di sini. Yang pasti bukan untuk siapa-siapa lah untuk kali ini, tapi lebih kepada hiburan untuk diri sendiri.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Setiap tahun ramadhan yang aku lalui punya cerita tersendiri. Ramadhan kali ini? Aku sendiri pun tak tahu lagi. Tapi yang pasti aku cuma inginkan keberkatan bulan mulia ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua hendaknya. Hari baik bulan baik apa salah untuk kita sama-sama mendoakan sesama kita. ya kan ya kan?

InsyaAllah, kalau ada jodoh kita jumpa lepas raya pula ya. kalau aku rajin jumpa la kita hujung ramadhan nanti. Selamat berpuasa semua. Assalamualaikum.

3:06 p.m
7/5/2019 | 2 Ramadhan Ramadhan Ramadhan
menanti sen masuk
di bilik di ceruk bangunan di sebuah kawasan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...