Fellow Friends

17 May 2019

Setahun yang lalu

Assalamualaikum wbt. dan salam Ramadhan guys. Allahu sedar tak sedar dah masuk fasa kedua puasa dah. Alhamdulillah masih bertahan untuk berpuasa. Ehh. Hahaha

Ramadhan kali ini betul-betul memberi seribu hikmah dan pertanyaan buat aku. Dari segenap sudut didatangkan pelbagai ujian. InsyaAllah semoga aku terus kuat dan tabah mengharungi ujian ini. InsyaAllah.

Posting di hari jumaat yang mulia ini aku rasa nukilkan sesuatu. Sesuatu yang signifikan? Sesuatu yang memberi inspirasi? Entah aku pun tak tahu. Aku hanya ingin menukilkan di sini dah disimpan rapi di sini.

Perjalanan yang penuh ranjau dilalui insan mula mencapai satu tempoh kematangan. Kekuatan diberikan disamping kehadiran seorang insan yang cukup menduga perasaan. Masakan dulu tidak cukup untuk didugakan hati dan perasaan?

Perjalanan yang sungguh indah diselurusi, diperhalusi dan direncanakan. Sesungguhnya itu hanya kuasa insan yang tak mampu melebihi Sang Pencipta. Ada orang melihat kesakitan sesuatu peristiwa sehingga menangisinya. Ada juga orang melihat kesengsaraan itu sebagai asbab untuk dia meneruskan lagi kehidupan yang fana ini. Kerana satu hujah saja melewati akal fikiran dia, kesengsaraan ini tidaklah berkekalan dan tidaklah begitu lama.

Pernah ditanya oleh seorang alim, "Berapa kali saat anda merasakan bahawa "habislah dunia aku", "hancurlah masa depan aku"? dan berapa kali kah tanpa kita sedar yang kita berjaya melalui dan keluar daripada situasi itu? Begitu banyak rahmat Tuhan telah berikan kepada kita melalui hikmah ujian itu sahaja.

Aku juga seperti insan biasa, terkadang akan mengenang masa silam. Namun bagi aku, setiap siri kenangan itu merupakan kekuatan untuk aku bergerak lebih kehadapan dan mengambil hikmah daripada setiap yang berlaku. Kadangkala itu juga saat terasa berada dibawah, kenangan-kenangan ini akan menerpa. Bukan untuk diungkitkan ataupun diagungkan, cukup sekadar untuk ditanamkan di dalam hati "oh, hal sebesar dan serumit ini pun aku dah pernah lalui, apa lah sangat hal-hal yang lain". InsyaAllah semoga ini menjadi asbab untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Jalan Dhobi menjadi saksi, aroma teh lemon panas masih terawang-awangan, cukup indah apabila ia menerpa ke benak fikiran. Indah. Satu perkataan yang mempunyai seribu intonasi dan punya sejuta rasa. Ouh sungguh manisnya. Ditinggalkan teh panas tersebut, mara ke hadapan namun masih dalam bubble sendiri.

Menarik kisah ini. Pada aku, terpulang kepada pembaca bagaimana untuk tafsirkan. Tafsiran kalian tidak terkait pun dengan hak aku. Itu hak kalian. Kembali kepada realiti, mengharungi kehidupan ini adakala seorang diri cukup memberikan inspirasi dan menghargai betapa indahnya sebuah kenangan jika dipositifkan kepada perkara-perkara kebaikan. Salam Jumaat kalian. Salam.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...