Fellow Friends

12 June 2019

Dimensi Bahagia

Assalamualaikum wbt. & Salam Aidilfitri guys. Alhamdulillah. Terlebih dahulu aku ucapkan salam aidilfitri buat semua dan aku dengan perasaan rendah diri memohon segala kemaafan terhadap apa yang aku lakukan secara lisan, perbuatan mahupun penulisan especially di blog ini yang mengguris perasaan nurani insan. Maafkan aku. Berdamailah kita kepada keamanan. Itu lebih mudah bukan?

Aku tidak bercadang untuk menulis dan menukilkan apa-apa pun sebenarnya. Tapi aku rasakan ia merupakan satu terapi untuk aku terus menulis di sini di atas sebab-sebab yang aku sendiri pun tidak tahu. Keinginan untuk menulis sejak siang tadi dan malam ini aku cuba tunaikan demi kepuasan diri aku.

Genap seminggu umat islam meraikan hari bahagia selepas selesai berpuasa pada ramadan yang lepas. Alhamdulillah ramadan berjaya dilepasi dengan jayanya. Alhamdulillah. Itu juga satu rahmat. Aidilfitri kali ini juga aku raikan secara bersederhana. Minggu ni pun dah mula bekerja walaupun masih ramai rakan-rakan menyambut raya dengan menghabiskan Annual Leave mereka.

Cerita hari ini lebih berkisarkan tentang insan sekeliling. Alhamdulillah aku diberitakan bahawa one of my best friend, I mean super duper bestfriend sejak 2008 dulu dah melangkah ke fasa hidup yang baru. Alhamdulillah, aku happy untuk kau beb. After all the struggle you've faced. Ini pula masa untuk kau happy dan bahagia dengan hidup kau. Embraced it. Aku tahu kau akan baca benda ni. Jadi aku dedicate ucapan ini di sini ya. All the best!

Aku juga ingin berkongsi satu rasa. Rasa yang pada aku sendiri yg aku tak tahu nak ungkapkan macam mana. Satu rasa yang adakala memberikan ruang untuk rasional dan satu keadaan lagi membuatkan aku sesal kepada kerinduan. Natijahnya ia tetap satu rasa yang pelbagai. Entah. Aku sendiri pun blur dan clueless nak ungkap kan bagaimana. Namun cukup rasanya untuk aku ungkapkan secara abstrak melalui penulisan di bawah. Sebabnya end up aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku tulis untuk masa akan datang. hahaha. Nukilan di tulis sepanjang hari ini. InsyaAllah

Irama 60-an disumbat ke corong telinga
Masih berlegar-legar bait-bait liriknya
Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku...

Begitulah senarai lagu diulang putar
Menikmati dingin pagi sunyi sepi
Sambil menghirup secangkir teh stroberi
Menggamit suasana di tanah tinggi tempoh hari

Tapi itu semua tak pernah kekal lama
Pergi jua kau akhirnya...
Irama terus berputar
Membawa aku terus ke terowong masa
Mengembalikan momen-momen indah
Yang tidak salah untuk dikenang
Kerna ia satu anugerah buat setiap insan
Namun terus berpijaklah ke dunia nyata

Saat menanti seruan ilahi, mata seakan sayup-sayup
Merah mula membengkak
Mengharapkan rehat yang cukup
Untuk perjalanan esok yang penuh semput
Digagahkan jua seusai kanan dan kiri
Dipanjatkan doa semoga insan berbahagia
Dan terus bahagia disamping insan tersayang
Dikejauhan memohon doa diperkenankan
Ilahi yang Maha Mengetahui
Teruslah tenang di sana
Diminta juga tenang di sini
Jauh...mendasari

Selamat Ulang Tahun

12 Jun 2019 | 10:56 p.m



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...