Fellow Friends

09 March 2020

Aras Tiga: Salam Tribute, Dedikasi dan Perpisahan

Assalamualaikum wbt. dan selamat malam. Aku cuba menulis dan mengukir kata semampu boleh di ruang yang paling legend dan klasik ini. Masih lembaran putih yang sama, masih insan yang sama namun setiap detik dan masa itu sedikit sebanyak memberikan beza walaupun melalui insan yang sama. Mana mungkin insan mampu berada pada tahap yang sama saja walaupun telah merentasi masa yang begitu lama? Cukup sekadar itu mukadimah untuk posting kali in.

Posting ini bertujuan untuk aku menceritakan serta meletakkan "nisan" kepada sebuah penghargaan yang terbaik dalam hidup aku. Ya, penghargaan terhadap insan-insan yang selama ini bersama-sama ada susah senang dengan aku. Lebih spesifik adalah rakan sekerja aku sendiri. Kali ini posting lebih menjurus kepada tribute dedikasi kepada rakan-rakan ini.

Genap 9 bulan dan hampir setahun aku berkelana di kolej tersebut. Permulaan yang agak hambar aku rasa, masuk je terus kena buat kerja "marketing" which is kena ke sekolah untuk promote kolej. For the sake of gain experience dan arahan bertugas aku gagahkan jua. Lama kelamaan baru aku dapat peluang untuk kenal orang-orang dalam kolej tersebut termasuklah geng Aras Tiga ni. Ya sangat ironi. Dari zaman aku belajar nombor tiga ni tak pernah lari daripada kehidupan aku. Dari zaman matrik dengan Geng Bilik Tiga membawa pula ke alam pekerjaan bertemu Aras Tiga walaupun office aku kat Aras Empat masa tu. Cuma dari segi fasiliti memudahkan urusan aku berurusan dengan Aras Tiga. Aku juga pada awalnya cuba merge around dengan semua pihak. Namun penerimaan Aras Tiga lebih baik berbanding yang lain. Lagipun kami memang rapat lepas tu banyak kes yang jadi. In fact ukhuwah mereka juga kuat disebabkan peristiwa sebelum aku masuk situ lagi. So memang nampak lah betapa kuatnya hubungan mereka. Aku juga turut bersyukur dapat peluang jadi sebahagian daripada keluarga mereka.




Mereka ini juga la merupakan kawan-kawan rasmi aku yang pertama dalam alam kerjaya. Mereka jugak la bantu aku untuk adapt dengan suasana baru. Setiap orang ada personaliti, karakter yang berbeza. Namun aku respect dengan mereka ni yang mana mereka tak hiraukan perbezaan tersebut malah akan cuba juga cari persamaan yang ada. 29 Februari 2020 yang lepas alhamdulillah kami berpeluang untuk sama-sama buat farewell party ringkas. Enjoy waktu bersama, borak kenangan-kenangan lama dan diakhiri dengan tangisan perpisahan. Suka untuk aku describe sorang-sorang kat sini untuk dijadikan kenangan macam ayat kat atas: nisan. Hahaha (dari kiri)

Jahira - kiranya paling bongsu dalam dalam keluarga kami, dia yang masuk last sekali sebelum Aras Tiga dipindahkan ke Aras Bawah which is detik hitam permulaan pembubaran Aras Tiga. Hahahha. Orang yang tegas dalam masa sama quite funny suka gelak-gelak and layan korea series. Masih lagi meneruskan perjuangan di kolej. Semoga beliau sentiasa kuat dengan cabaran mendatang!

Ustajah Ain - sangat berkaliber! macam-macam bisnes dia buat, handsock la, kosmetik la. Seorang yang cengeng jugak tapi tu la cengeng cemana pun still kalau diberikan tanggungjawab mampu dilaksanakan sebaik mungkin. Happening jugak orangnya, mula-mula masa tak kenal tu rasa macam kakak-kakak sangat tapi bila dapat borak rupanya boleh je ngam hahahaha

Kak Paeh - ni antara yang ayu jugak la among Aras Tiga. Anak dia si Ayra tu comel ikut dia la kot aku rasa. Hahaha, jenis gangster-gangster jugak kalau sembang tu ala tomboy sangat. hahaha moment aku takleh lupa bila dia borak pasal kenangan dia belajar kat UIA dulu, pakai abaya keluar uia nahh jeans dekat dalam hahahahahaha. dengan gaya sekali tu buat tu takleh tahan. LOL

Kak Paji - ni antara orang lama jugak. Jenis buat hal sendiri jugak, kalau time ada potluck mesti antara orang terakhir yang makan, lepas tu bila makanan dah habis orang tak simpan untuk dia mula la merajuk hahahaha. Tapi dia punya bakso memang tiptop, kalau nak teruskan bisnes jual bakso tu okay sangat sebenarnya. And kaki gelak jugak. dulu kat aras 3 nak tahu dia ada ke tak time lunch tunggu je dia gelak. kalau gelak tu ada la tu maksudnya. HAHAHA. Gelak sebab layan maharaja lawak. LOL

Laily - haa ni ustajah laily pelat S. Dia punya outspoken masyaAllah. dan hati aku kuat juga mengatakan disebabkan outspoken dia tu buatkan dia antara orang awal angkat kaki keluar daripada kolej. Yela pengurusan mana je nak staf yang bijak. semua nak staf ikut jadi pak turut. Tapi respect juga la dekat laily hari-hari dekat 2 jam drive untuk datang kerja. Nampak pengorbanan tu tapi tu la bukan orang hargai pun. Alhamdulillah skrg ada rezeki lain dah pun. Aku tak sempat nak kenal sangat dulu sebab baru je masuk time tu.

Kak Adda - Haa ni kecik je orangnya. Tapi suara dia kalau dia tarik mau bergegar Aras Tiga. Hahahaha. Dia selalu buat hal sendiri. Time free selalu la lepak makan apa semua. Kak Adda ni pulak antara most wanted pensyarah la dekat kolej. Student mana je yang berani nak bergurau dgn dia, sekali kena tengking mau terkencing! hahahaha. and dia jugak SU Exam, so memang aku perasan sangat particular la orangnya, semua nak details. Hahaha nasib la kawan-kawan semua enjoy je

Mommy Serra - Ni la boss Aras Tiga. Orangnya chill je memang takde la nak bising ke nak marah ke. Motto hidup dia dengan kawan-kawan senang je, Apa apa pun janji kerja jalan dan siap time mintak. Settled! Benda paling aku ingat pasal kak sarah adalah calmness dia. One day tu dia excident kat area kolej jugak. Dia punya chill tu relax je. Hahaha memang wanita paling cool la kot aku pernah berjumpa dan berurusan. Hahahah

Rorohiah - Hahahaa kakro ni jenis blur. Ustajah jugak. Hahhaha. Banyak momen menarik dengan Kakro ni, bab membahan bab gelak memang seronok. One time tu ada kerasukan. Haa ni la orangnya yang jadi penyelamat, berkhutbah terus dia kat situ. HAHAHAHA. Then pasal diet tu pun ya jugak, pagi bagitau nak diet. petang sikit "okay diet kita mula esok!" sambil makan pisang goreng dan sebagainya. Hahaha. Ultimate kenangan adalah buatkan semua orang "cannot brain" seharian di duk g kelas apa semua tak pakai make up, tapi bila 30 minit nak balik duk pasang make up. Alasan dia kalau pakai dari awal nanti nak solat la apa la leceh" hahahah tapi comey la benda tu. buat kawan-kawan berfikir aras tinggi KBAT. hahaha

Kak juju - ni antara orang paling kreatif dekat Aras Tiga., dia punya bisnes tepi bukan kaleng-kaleng. Buat baju, buat design, buat cop, buat button badge. Jenis kuat jugak membahan cuma lepas raya tahun lepas nampak cool down chill and relax je. kawan-kawan pulak rasa pelik. hahah tapi okay je seronok berurusan dengan kak zue. sempoi je. student pun selesa dengan dia.

Baby Nuyaa - Ni antara orang terawal yang aku boleh ngam, dia punya personaliti tu macam akak-akak yang caring dekat adik-adik ni semua. borak pun relax je tapi dia ada satu hobi yang sama dengan aku. pantang senyap tau-tau lena. hahahaha. dia punya membahan pun halus je. hahaha. antara orang yang berusaha untuk "mempercepatkan" jodoh aku jugak. gigih selidik and cuba jadi match maker. Hahaha thanks for the effort kak nuraa

Piha Lavochah - Hahaha ni piha ni awalnya senyap je. asal aku turun bawah kat aras tiga je terus senyap pastu kena sakat dengan kawan-kawan sebab biasa mulut dia je yang bising. aku punya sengal dulu dengan tak pernah jumpa apa semua aku g text dia ajak gerak sekali g kerja. mana maunya! hahahahahaha terus kena reject. ahahha lepas kenal tu baru tahu yang kami satu sekolah, dia senior aku hahaha. ada la beberapa orang kawan dia tu aku kenal. dia pun antara orang teraniaya & angkat kaki awal. Now alhamdulillah rezeki kat tempat baru.

Fizam - Ni baru aku kenal and bersua muka on 29 February tu jugak la. Selama ni kawan-kawan aras tiga duk borak cerita pasal dia. Rezeki dapat jumpa. Walaupun kejap je tapi Fizam ni cool je orangnya. Memang ciri-ciri zuley senang rapat la. Hahahaha Zuley jap g aku cerita haha

Sarepp - ni brader yang antara lelaki yang ramah dekat aras tiga. memang kalau aku lepak aras tiga duk borak dengan dia jela dulu. again zuley time ni memang jual mahal taknak borak dengan aku. Hahahaha then kami rapat bila dapat peluang duduk serumah. jenis yang sangat pentingkan kebersihan sampai trauma la member ada sekali kejadian tu dia cerita lipas lalu atas badan dia time tidur. hahahaha dengan aku sekali berjaga-jaga tiap-tiap malam tembak spray bawah pintu. Hahahaha. Now dah berkelana dekat Kulai and dah dekat dah dgn Batu Pahat. Tiap-tiap minggu dia balik kalau takde apa-apa aktiviti. dah jadi macam aku dulu jugak, weekend je pecut balik kampung. hahahaa

Last but not least! zuleyyy the penari! - Ikutkan dia ni dah tua dah ahhahahahaha tapi dia memang jenis brother-brother la. mula-mula tu memang susah gila nak rapat dengan dia ni. Faham je sebab ada je orang yang letakkan gap kan. Tapi lama-lama tu slowly boleh masuk and kenangan paling best adalah sama-sama masak sepanjang puasa tahun lepas. sampai ke hujung puasa kami masak. aku lebih kepada jurutera kekemasan selepas operasi la hahahahaha. dia dengan sarep yang banyak menjalankan operasi. Paling ingat pasal zuley ni tak pasal-pasal nama aku boleh jadi lagi. HAHAHAHA sampai skrg kalau ingat je terus terngiang-ngiang. HAHAHA. memang brotherhood la dgn zuley n sarep. Orang yang sangat penting dalam kerjaya awal aku!

Yang takde dalam gambar:

Yelly - haa ni mak-mak tapi dia punya relax tu aku igt kan tak kawen lagi, jenis kasar-kasar jugak orangnya hahahaa. Dia takde masa farewell ni sebab dah kat labour room melahirkan bayi perempuan. Alhamdulillah. Dia ni pun sempoi jugak! senang berurusan nak buat program ke apa ke. Haa ni jenis lone ranger jugak. apa-apa info nak disampaikan baru la dia keluar dari tempat persembunyian dia. Hhahaha

Yana - Yana ni sebaya dgn aku, baby march jugak. Yana dah angkat kaki tahun lepas. Ikut husband balik utara. Seorang yg blurr jugak hahah. kak juju la biasanya orang yg akan membahan dia, yela diri meja sebelah-sebelah. bila orang bercerita dah gelak semua, delay kejap baru dia dapat tangkap. Ahhahahaha. kelakar je. Alhamdulillah dah jadi mak orang dah pun

Kira - ni antara yang banyak mulut jugak dekat Aras Tiga. Ada certain time tu aku sampai taktau nak borak apa dah hahahahaha. then sebab dia duk sebelah sarep aku pulak ajak sarep berborak utk cut off tu ahahaha. tapi kira ni okay je sempoi. banyak jugak program kitorang sama-sama. ke sekolah la g makan la apa la. Aku sangat berterima kasih dekat kira ni ada sekali tu seminggu aku takde kereta sebab rosak, jadi kira ni la tolong tumpangkan aku g n balik kerja. semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Now dia berkhidmat as umrah travel agent.


Kesimpulannya, kawan-kawan ni senang nak cari, tapi yang boleh diletakkan title sahabat ni adalah orang-orang terpilih je. Sejujurnya aku bersyukur sangat-sangat dapat peluang untuk kenal dengan mereka ni. Sedikit sebanyak aku dapat rasa kemanisan sesebuah keluarga di tempat kerja. dan betul kata mereka semua, kenangan dan ukhuwah tu takkan dapat kat tempat lain. for now on memang aku g kerja balik kerja, itu je. rapat dengan kawan-kawan ofis pun sekadar hal kerja je. jadi aku abadikan sebuah kenangan terindah ni kat posting kali ini. Semoga kalau ada yang rindu in fact aku sendiri pun kalau rindu nanti aku keep baca benda ni. At least aku tahu yang aku pernah rasa bahagia bila ada kawan-kawan yang sangat happening gila babi macam mereka ni. Aku doakan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. Adios

9 Mac 2020 (sehari selepas Hari Wanita Sedunia)
11:23 p.m

2 comments:

Si Cantik Manis said...

Hebat kawan-kawanmu

Zulkifli Ibnu Zaini said...

A'ttaullah jiwaku.... Bebaskan sayap juwita.... 🤣🤣🤣

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...