Fellow Friends

02 September 2020

Oh September!

 Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahter guys!


Pejam celik dah masuk September. Baki beberapa bulan sahaja lagi nak habis tahun 2020 ni. Wow. Sangat tough tahun ini. Aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana perasaan dan rasa ketika ini. Siapa je sangka COVID-19 ni boleh seteruk ini melanda negara kita. Pelbagai juga isu yang aku hadapi sepanjang musim COVID-19 ni. Haih kalau diingat balik ada je yang menyakitkan hati. Tapi pada aku buat apa nak fikir yang sakit hati tu kalau boleh fikir benda-benda yang menarik dan best. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan dan kemampuan dari segi masa untuk commit buat posting baru yang mana last 12 Jun yang lepas. Masuk tiga bulan tak jejak. Padahal aku ada je duk buat coretan kat ig/twitter. Ikutkan banyak je benda nak dikongsikan. Cuma tu lah. Sampai satu tahap isu malas tu satu wujud dalam diri. Tapi yang lebih aku fokuskan adalah, ada benda yang kita rasa private dan tak perlu share kat semua orang. Jadi aku prefer post dekat ig/twitter. Sebabnya socmed aku yang dua tu aku dah private. Ya aku terpaksa gadai prinsip aku untuk protected twitter terutamanya. IG tu memang dah lama private dan akan unlock setiap 31 Disember. Tahun ni insyaAllah. Tengok la kalau IG ni pun akan tergadai prinsipnya jugak. Hahahaha.

Asal kisahnya hanyalah bila aku dapat tahun salah seorang daripada kenalan pejabat aku find out twitter aku. Mana tak gelabah. Dan-dan boleh follow time-time tu jugak. Pishang matt. Aku sangat tak selesa untuk kongsikan kehidupan aku dekat orang yang pada aku "stranger". Dan aku risau benda-benda yang kau tweet atau share akan jadi bahan untuk disampaikan. Itu yang malas bila mengenangkan momen apa yang jadi masa PKP haritu. Tapi tak apa la. Benda pun dah lepas. So aku pun dah protected socmed aku. Selesai.

So itu sajalah coretan kali ini. Oh September bersempena kita dah masuk September ni. Jadinya aku ambil peluang dan ruang yang ada untuk menulis la sikit. Sebab aku faham September ni daripada dulu bagi special moment kat aku. Ramai orang yang aku kenal kat sekeliling aku lahir bulan ni. So aku la pulak kena discover bday masing-masing ni hahahaha.

Okay bye Adios!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...