Fellow Friends

18 October 2020

Kembara Cinta Jay: Cik Pisau

 Assalamualaikum wbt.


Februari yang lepas aku telah muatnaik kisah ini. Kisah yang tergantung, punya rasa dan jiwa tersendiri. Kali ini dikesempatan PKPB yang mana aku pun tak keuar ke mana-mana, duduk rumah layan Netflix, Drama dan EPL. Aku ambil kesempatan juga untuk kongsikan kesinambungan kisah Jay kali ini. Kesimpulan awal aku katakan ini adlaah kisah penutup buat Cik Pisau. Masihkah ada episod seterusnya? Mungkin ya mungkin tidak. Aku pun ternanti-nanti.


Setelah beberapa kali Jay dan Cik Pisau "on off" dalam perkenalan mereka. Jay tetap teguh dan mengikuti rapat perkhabaran Cik Pisau. Sehinggalah mereka boleh berhubung secara kerap apabila Cik Pisau meneruskan pengajian di sebuah institusi. Aku personally dapat rasakan sesuatu mengapa Jay dan Cik Pisau ditakdirkan untuk dekat antara satu sama lain. Mereka berada dalam kawasan yang sama. Namun COVID-19 ini memisahkan mereka untuk kerap bertemu walaupun mereka sama-sama dekat. Hari demi hari, Jay mengambil langkah untuk mendekati Cik Pisau. Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka berborak dan bercerita antara satu sama lain tentang perjalanan hari-hari mereka. Keadaan menjadi semakin mengujakan dan menggembirakan. Sehinggalah Jay dikhabarkan oleh Cik Pisau bahawa sepanjang beliau menghilangkan diri dahulu, beliau bersama seseorang. Jay sudah dapat mengagak perkara tersebut disebabkan oleh reaksi ketika itu. Namun Jay lebih tenang dan menganggap itu sesuatu yang normal. Malah hal tersebut merupakan perkara yang lepas. Sudah tidak ada kena mengena dengan Jay lagi.

Jay teruskan misi beliau untuk lebih mendekati Cik Pisau. Walaupun jurang usia mereka agak jauh namun keakraban mereka mampu melenyapkan jurang tersebut. Jay juga sedikit sebanyak struggle dalam memahami wanita seusia Cik Pisau tersebut yang penuh ragam dan kerenah. Namun ia merupakan satu cabaran indah buat Jay dalam mengenal Cik Pisau dari hari ke hari.

Hari silih berganti, perbualan di talian berhari-hari membawa Jay bertemu Cik Pisau buat pertama kali setelah beliau meneruskan pengajian. Pertemuan yang ringkas dan singkat cukup memberikan makna buat Jay. Lega hati beliau apabila melihat sosok di sebalik mask tersebut dalam keadaan yang baik dan sihat. Walaupun Cik Pisau kerap mengadu berkenaan makan yang tak teratur dan sebagainya, Jay tetap memberikan bekal makanan buat Cik Pisau dan kawan-kawan untuk dijamu bersama.

Setelah beberapa purnama, Jay diberitahu Cik Pisau bahawa beliau mendapat keizinan untuk pulang ke kampung halaman. Kebetulan waktu yang sama Jay juga ingin pulang ke rumah. Maka direncanakan oleh Jay untuk sama-sama pulang. Namun rezeki tidak berpihak kepada Jay, Cik Pisau mendapat ajakan daripada rakan beliau. Maka diaturkan pula pertemuan sebaik sahaja mereka berada di kampung halaman nanti.

Jay mempertimbangkan segala macam perkara pada ketika itu. Kebetulan beberapa hari sebelum merupakan ulang tahun kelahiran Cik Pisau. Makanya Jay mengajak Cik Pisau untuk diraikan hal tersebut. Dalam masa yang sama Jay telah mengambil satu keputusan yang besar untuk menyatakan hasrat hati Jay untuk menjalinkan hubungan bersama Cik Pisau. Jadi persiapan diaturkan dengan cukup teliti. Dekorasi ditempah, dihiasi bouquet coklat.

Pada mulanya semacam tidak jadi saja hal tersebut. Cik Pisau ingin menunda. Namun Jay meyakinkan bahawa beliau tidak punya masa disebabkan komitmen kerja dan sebagainya. Jadi perjalanan diteruskan namun dengan bersyarat. Cik Pisau kena pulang awal daripada yang dirancang. Maka sedikit terganggu "hari indah" yang telah dirancang oleh Jay. Seawal menjemput Cik Pisau sebenarnya sudah dirasakan vibes semacam tidak kena. Semua benda rushing, ada roadblock di jalanan dan sebagainya. Namun digagahkan jua demi meraikan ulangtahun kelahiran Cik Pisau.

Sebaik sahaja tiba Cik Pisau dikejutkan dengan kejutan deko dan bunga coklat di sebuah restoran. Fikir beliau itu adalah tempahan untuk orang lain. Namun setelah diamati terdapat nama Cik Pisau di meja tersebut. Terus saja membuatkan Cik Pisau terpaku. Alhamdulillah keadaan menjadi ceria dan bahagia. Jay dan Cik Pisau menjamu selera walaupun sedikit kecil hati Jay sewaktu diberitahu Cik Pisau yang beliau telah makan sebelum keluar.

Happy moment tersebut berlangsung kira-kira setengah jam disebabkan agak terburu-buru untuk pulang. Perjalanan juga mengambil masa hampir sejam. Keadaan agak rushing. Sewaktu ke kereta. Jay mengambil keputusan besar dalam hidup beliau. Jay memberikan kotak cincin kepada Cik Pisau. Dalam masa yang sama Jay menyatakan hasrat untuk menjadikan Cik Pisau teman wanita beliau. Satu momen yang indah lagi mendebarkan buat Jay. Perkara ini merupakan perkara pertama dalam hidup Jay iaitu propose seseorang untuk dijadikan teman wanita. Walaupun sebelum ni Jay telah melalui pelbagai fasa dalam perhubungan. Namun kali ini sangat berbeza disebabkan kedudukan Jay yang lebih stabil dan selesa.

Namun sayangnya segala debaran dan momen indah itu ditutup dengan jujuran airmata. Disangka airmata kegembiraan, rupanya apa yang ditakuti Jay telah pun terjadi. Proposal tersebut telah ditolak oleh Cik Pisau. Apapun sebab tidak diketahui oleh Jay sehingga kini. "You are ruined everything". Begitulah ungkapan ringkas dan terngiang-ngiang. Perjalanan pulang yang suram dan itulah kali terakhir Jay melihat wajah Cik Pisau.

Segala social media account telah diputuskan. Begitulah harga yang perlu dibayar di atas sebuah pengorbanan menyatakan rasa cinta kepada seseorang. Jay juga mengungkapkan  "There's two side of coins". Jika tidak itu maka ini. Jadi begitulah pengakhiran episod mengejar cinta Cik Pisau. Jay telah pun bersedia dengan kemungkinan tersebut. Cuma tidak disangka bahawa ia akan berakhir dengan tragis walaupun ia merupakan hari yang indah untuk meraikan hari lahir orang yang disayang.

Begitu juga perjalanan kembara kisah cinta Jay. Daripada satu tragedi membawa kepada sinar harapan yang baru, diketahui kemudiannya bahawa itu adalah harapan palsu, terduduk semula Jay mengumpul kekuatan untuk bangkit. Saat dirasakan semuanya berpihak kepada Jay, Jay meneruskan lagi kembara seterusnya membuat keputusan besar untuk melamar. Akhirnya Jay diduga lagi dan lagi. Berkisar kepada pengalaman, aku doakan Jay diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.

Aku cuba memahami rasional Jay membuat keputusan tersebut. Jay sudah tidak punya masa. Jay juga bulat dengan keputusan untuk tidak mengambil masa yang lama. Justeru keputusan besar tersebut dibuat. Sayangya keputusan itu tidak berpihak kepada Jay... lagi dan lagi.

Namun aku juga yakin, Jay telah buat berusaha sebaik mungkin, menunjukkan dengan baik keikhlasan beliau untuk mendekati Cik Pisau. Jay juga meninggalkan satu kesan dalam kehidupan Cik Pisau. You can't kill kindness. It will remain in your memory.

Maka kisah kali ini merupakan kisah tragik lagi sekali buat Jay. Ditutup dengan ayat yang cukup mudah; Biar mati mencuba daripada mati kecewa.

Buat Cik Pisau, jika beliau membaca nukilan panjang lebar ini. Teruskan langkahmu mencari ketenangan. Ramai lagi yang menghargai kehadiran kamu, menyayangi kamu. Cukuplah berduka dengan perkara yang tak sepatutnya ditangisi. Kumpul kekuatan dan teruslah melangkah. Aku pasti Jay mendoakan kesejahteraan buat kamu. Teruskan bahagia.


Ada lagi kisah Jay? Hmmm Tuhan Maha Mengetahui

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...