Fellow Friends

12 November 2020

Semalam Yang Indah

 Assalamualaikum wbt. guys.

Pejam celik dah nak habis dah 2020. Harini baru je lepas semalam "Single Day" 11.11. Banyak cerita berkenaan semalam dan hari-hari sebelumnya sepanjang 2020 setakat ini nak diluahkan nak diceritakan dan jugak nak dikongsikan. Tapi aku rasa aku dah tahap "burn out" kot. Satu perasaan yang macam "ah lantak lah, pergi mampos lah. peduli ah" dan seangkatan dengannya.

Ya semalam itu indah. Sebab apa indah? Sebab kita tak tahu apa yang bakal kita hadap esok dan hari seterusnya. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang telah jadi dalam hidup kita which is "semalam". Maksudnya baik ke buruk ke semalam tu kita boleh label, tetapkan sebagai indah ke tidak.

Entahlah, aku memang dalam keadaan nak meluahkan kat lembaran putih kat sini. Tapi seolah-olah semua benda terkunci. Jari-jari pun seakan tak izinkan aku nyatakan segala apa yang aku rasa sekarang ni. Tak apa lah aku cuba jela mana yang termampu. Sebab penting jugak. Esok lusa aku bosan aku bukak balik baca segala catatan dan nukilan kat sini. Sekurang-kurangnya aku tahu yang semalam pernah indah, esok belum tentu ada jaminan.

Baiklah, semalam yang indah pertama, aku belanja mak aku baju kat shopee. Asbabnya line tengah jem dia order takleh nak proceed payment. Jadi aku perasan sebab aku login kan akaun yg sama dekat phone mak aku. Jadi memang boleh trace segala pembelian. Jadi aku saje buat-buat tanya. End up dia cakap takleh proceed payment sebab cimb jem. Jadi aku offer untuk belanja bayar pakai shopee pay. Maka selesai pembayaran dan selesai sudah cerita pertama. Simple. Lame

Semalam yang indah kedua, aku niat nak belanja kawan-kawan office sempena promo kfc 9.11 - 11.11. Jadilah dapat seketul sorang. Plus tak ramai yang ada kat office. Jadinya boleh la makan sesama apa semua. Gelak huha huha. Tapi tersimpan segala kesedihan. Entah. Tapi aku happy at the same time sebab dapat precious moment tu. Aku tak selesa bila orang fokuskan jawatan dan pangkat segala. Aku nak enjoy as diri aku dengan kawan-kawan. Itu lebih penting. Ya momen itu sungguh indah.

Semalam yang indah ketiga, taktahu lah nak indah ke tidak yang ketiga ni sebenarnya. Dengan tak semena-mena aku diputuskan untuk bertukar work station dari satu lokasi ke lokasi yang lain. With short notice sampai hujung bulan ni. Dengan takde PERBINCANGAN dengan tuan badan which is AKU. So aku boleh faham la sikit-sikit culture mereka ini semua. Segala KEPUTUSAN adalah MUTLAK. Tak boleh disoal dan terima sahaja tanpa bantahan. Ayat sesuai Semalam yang CELAKA kot. Entah lah. Ni antara ultimate fuck off sepanjang 2020 disamping kisah PKP1 dulu.

Deep down ada kebaikan dan hikmah. Yeah you win some you lose some. Tapi benda yang aku lose tu yang aku kesalkan. Aku hilang kawan-kawan yang semua sporting. Buat kerja boleh buat sesama. Makan lepak segala sesama. Entahlah. Aku hilang keselesaan tu. Plus dengan umur sekarang aku fokuskan stability. Biarlah struggle cemana pun janji colleague semua boleh layan kepala aku happy dah. To be honest ni je motivation aku selepas kes PKP1 aku haritu. After semua ni jadi aku faham la jugak kena beliau di groom to be that type of leader. Sebab dalam sistem sendiri memang ada leader macam ni. Aku tak boleh cakap apa. Ya sebab aku baru, semua benda kena ikut. That's my problem. Aku bukan jenis ikut buta tuli. Entahlah tak faham. Habis semalam yang indah/celaka ketiga

Semalam yang indah keempat, genap sebulan juga semalam akan peristiwa yang aku sendiri tak duga. Aku sampai berfikir perlu ke tidak aku cari dia ni lagi. Kalau cari nanti kata desperate, kalau tak cari aku yang tak tenang. tapi segala memang all blocked. Aku faham tu signal paling ampuh la kot. Which mean sudah-sudah lah tu.

Semalam kelima. Aku suka buat benda aku suka, benda yang buat aku happy, benda yang aku boleh keep explore, benda yang bila aku dapat tu buat aku teruja. Aku ingat lagi perasaan excitement bila pertama kali aku berjaya publish podcast kat Spotify. Syahdu. And setelah sebulan dua dibuat, semalam session ketiga dan kemungkinan besar jadi session terakhir kat lokasi aku sekarang. Banyak benda aku happy bila aku buat sendiri. Tapi masih ada yang faham kerja sama-sama tu bila kau buat something then tak selesai orang lain pulak kena selesaikan tahi yang kau tinggalkan. Haihh...

Semalam yang indah keenam. aku happy dengan apa yang aku lalu. Walaupun sedih cemana pun aku kena jugak simpan sorang-sorang. Kalau dulu aku rasa aku ada support system tu. Tapi hari demi hari aku tengok semua orang pun struggle dengan life masing-masing, aku rasa macam "apalah sangat yang jadi kat aku kalau compare dengan orang lain kan". Deep down aku teringin nak tolong nak bantu. Cuma aku mampu sekadar yang termampu. Contohnya mampu belanja makan sajelah. Aku tak harap kat manusia, tapi aku harap Tuhan permudahkan urusan aku jugak esok lusa dan hari seterusnya.

Kesimpulannya, aku masih anggap semalam itu indah. Banyak benda boleh dikenang, banyak benda boleh dipelajari. Bukan sahaja untuk diri sendiri mungkin untuk orang sekeliling jugak tanpa aku sedar. Dalam keindahan tu jugak aku berdoa untuk dimudahkan segala kejutan untuk esok lusa dan hari-hari lain. Deep down aku rasa ralat sangat, aku tak pernah kacau orang, aku cuba berbaik dan having fun dengan semua orang. Tapi masih ada yang rasa hidup ni kalau nak berjaya kau kena pijak orang tu. Tak kisah lah macam mana sekali pun.

~semalam, itu semalam, hari ini aku hidup dalam dunia yang aman, kenangan kita lucutkan kita bakar sama-sama pengalaman hidup seksa.........

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...