Fellow Friends

27 November 2020

Perjalanan Yang Kian Sukar, tetapi...

Assalamualaikum wbt.

Aku cuba menulis since ada mood sekarang ni. Untuk pertama kalinya update blog via phone. So expect la kat mana-mana typo, short form dan sebagainya. Sesungguhnya tidak disengajakan. Aku cuba menulis dengan penuh tertib dan teliti dengan bantuan auto correct ni nice juga.

Perjalanan yang sukar. Yang aku percaya setiap daripada kita lalui setiap jalan dan langkah yang sukar dalam hidup masing-masing. Adakala kesukaran itu muncul saat kita perlu membuat keputusan besar dalam hidup. Waima sama ada nak makan malam ke tidak pun ada sesetengah pihak anggap itu keputusan besar sebab sedang diet dan sebagainya.

Tetapi dalam kesukaran itu aku juga percaya pasti ada juga ruang kesenangan, urusan yang dipermudahkan dan seangkatan dengannya. Ia juga sebagai persepsi dan perspektif kita untuk melihat sama ada ia sebagai kemudahan atau sebaliknya. Banyak perkhabaran gembira sehari dua ni yang sampai ke telinga aku. Seolah-olah memberikan aku "insight" bahawa tahun 2020 tidaklah sekejam yang aku rasakan.

Antara berita yang menarik aku peroleh adalah kenalan sepejabat ramai yang dapat posting jawatan tetap. Ada tu tunggu lima tahun, sembilan tahun dalam jawatan kontrak sebelum secured as tetap. Allahu. Ada pula struggle dapat anak namun ikhtiar tanpa putus sudah membuahkan hasil. Alhamdulillah. Rezeki kawan-kawan sekeliling. Rezeki juga tak cepat dan tak lambat. Cukup masa maka jadilah ia.

Dalam khabar-khabar gembira seperti ini juga mengingatkan diri aku bahawa apapun dugaan yang mendatang, kita tetap kena husnuzon dengan Pencipta kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Makin hari dan tahun pun dan berganjak ke 2021, past cabaran mendatang tetap ada. Walaupun 2020 seakan begitu sahaja, penuh kecewa dan derita. Dalam kesedihan aku tetap bersyukur dengan apa yang aku lalui. Alhamdulillah.

Aku juga harap tahun 2020 kalian tidaklah seteruk yang kalian anggap. Masih ada bahagia yang tersisa. Kalau sungguhpun tak ada sedikit kemanisan 2020, cipta lah ia dengan baki tinggal sebulan dalam 2020 ni. Kita buat dia! InsyaAllah bahagia juga kita yang perlu usahakan.

Aku bahagia dengan "effort" yang aku dah buat selama ni. Sepanjang 2020 terlalu banyak effort yang aku usahakan walaupun outcome tidak seperti yang aku harapkan. Tapi aku tetap bangga, setidak-tidaknya aku dah pun buat yang terbaik. Moga-moga rezeki mendatang ada untuk aku. InsyaAllah.

Akhir kalam, aku habiskan tajuk entri ni sebaiknya;
Perjalanan yang Kian Sukar, tetapi.... Masih ada sinar di hujung jalan, teruslah melangkah!

Salam Damai 27 November 2020

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...