Fellow Friends

03 March 2021

Eh! Hello March 2021

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik dah masuk 2021, dah habis dah Wawasan 2020 kan? Last posting aku pun November lepas. Allahu banyak benda nak diuruskan dalam kehidupan yang serba mencabar ni. Dalam masa yang sama seronok tengok kawan-kawan lain semua upgrade kehidupan masing-masing. Alhamdulillah. Ramai jugak melangsungkan majlis masa PKP ni. Murah rezeki semua dipermudahkan urusan, jimat kos dan sebagainya. Aku? InsyaAllah, bayang belum ada lagi. Sama-sama doakan ya.

Tahun 2020 banyak ajar aku sebenarnya. Pandemik ni bagi kesan kat setiap daripada kita. Yang mana ada bisnes boleh tahan terjejasnya. Yang mana bekerja ada liku-likunya juga dari segi kewangan. Aku sendiri pun sedikit sebanyak terjejas namun aku percaya ramai lagi yang terkesan kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku lalui. Rezeki aku punya teman-teman dan keluarga yang sentiasa ada. Alhamdulillah. Dalam masa yang sama aku pun mengimbau juga kenangan-kenangan lama. Aku percaya setiap apa yang terjadi tu ada sebab tersendiri. Kenapa aku jumpa orang tu, kenapa aku kenal orang ni, kenapa aku tak end up dengan orang itu dan kenapa aku hadir dalam hidup orang ni. Semua persoalan tu terjawab sedikit demi sedikit.

Terima kasih juga buat teman-teman yang sampaikan khabar tentang insan-insan yang pernah penting dalam hidup aku. Seronok dengar perkhabaran keadaan mereka semua ni. Kalau dulu aku quite rebel dan persoalkan jugaklah kenapa semua benda ni jadi. Tapi lama kelamaan aku sendiri mampu bersetuju kenapa semua benda tu terjadi. Aku sendiri pun timbul rasa serba salah just in case apa yang aku harapkan dulu Tuhan makbulkan, taktahu la macam mana nak hadap. Dengan keadaan serba kekurangan ni pun aku sendiri dapat rasa yang aku belum bersedia untuk komitmen keluarga.

Pelik juga kenapa ditimbulkan soal keluarga ni kan? Sebabnya cukup mudah, adik beradik aku semua dimudahkan urusan mereka, ada yang kahwin PKP lepas ada juga yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun ni. Sedikit sebanyak bila mana orang-orang yang dekat dengan aku ni dan step up the game, aku sendiri ditekan, sama ada daripada keluarga mahupun diri sendiri yang rasa pressure tu. Mula-mula boleh kata koyak dan rasa la juga a bit of desperation tu. Tapi lepas masuk tahun baru ni, lepas aku pun dah bertukar lokasi kerja, fungsi kerja dan jawatan. Sedikit sebanyak buatkan aku sibuk dengan urusan hidup aku. Aku juga jumpa satu benda berharga dalam kesibukan tu. "Kita ada jalan kita sendiri".

Sampai bila kita nak heret diri kita sendiri ikut jalan orang lain? Dengan terjawabnya persoalan ini maka terjawab juga la segala persoalan-persoalan lain selama ni. Tuhan juga membahagikan "kebahagiaan"kepada hambaNya itu cukup adil. Alhamdulillah dalam kesempitan pandemik ni aku slow-slow upgrade life aku, tambah ilmu-ilmu lain selain daripada core business aku, direzekikan untuk start commitment dengan hartanah etc. Sedikit sebanyak semua benda ni jadi diversion buat aku daripada fikir tentang persoalan "siapa, dimana, bila aku akan ke fasa seterusnya dalam hidup aku".

Kredit juga aku berikan kepada rakan-rakan e-japran aka Bilik Tiga tak jemu-jemu bagi moral support kat aku, ada dengan aku. Selain daripada tu, aku juga berterima kasih kepada Maizatul, one of kawan kerja aku yang sangat memudahkan urusan. Aku juga doakan dipermudahkan urusan buat beliau dalam proses kelahiran anak pertama nanti. Walaupun dah tak kerja sekali, jujurnya aku seronok ada kawan yang boleh kata satu. Dah tak peduli dah pangkat jawatan segala. As long as kerja mudah, masing-masing faham tugas masing-masing dan dia sudi bagi tunjuk ajar dekat aku yang boleh kata freshie lagi dalam sistem ni.

Kredit seterusnya aku berikan kepada Nadia, one of my favorite person. Benar kata kau, kau jadi "hantu" dalam hidup aku. dan ya, aku doakan semoga kekal sebagai hantu. Aku selesa macam ni. Walaupun at some point dulu kala aku rasa kita punya masa depan sama-sama, takde rezeki kat situ dan aku percaya je kadang memang ditakdirkan untuk tahap itu sahaja mana-mana perhubungan pun. Jadi hargai saja selagi ada. Itu lebih baik kan?

Kredit terakhir, aku ucapkan terima kasih buat kau, kau, kau dan kau yang masih menjengah blog aku ni dari masa ke masa. Terima kasih atas effort kalian untuk tahu perkembangan aku. Aku tak tahu kalian siapa, ada di mana, tengah buat apa, lelaki ke perempuan, yang aku tahu blog ni masih dapat hit walaupun dalam skala kecil. Terima kasih sebab kau orang juga jadi sebahagian daripada kembara cerita hidup aku. Aku ikutkan banyak je nak update kat blog cuma kekangan masa dan tugas buatkan jadi malas nak commit. Dalam masa yang sama juga untuk PKP selama 2020-2021 ni aku banyak menulis dekat social media aku saja dengan #CoretanPKP dan #CoretanPKP2.0 sebab coretan tu semua tak terhad kepada kehidupan semata, banyak self-thought yang aku utarakan, mind espresso yang aku luahkan. Yaa that's all. Thanks for once again guys! Jaga diri, stay safe! Semoga dipermudahkan urusan kita semua ya. Amin

Adios.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...