Fellow Friends

13 April 2021

Salam Ramadan Kareem buat Semua!

 Assalamualaikum wbt guys. Alhamdulillah tahun 2021 ni direzeki kan lagi buat kita bertemu Ramadan. Walaupun dalam keadaan yang penuh menduga di waktu pandemik ni. Aku harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Previous day aku ada tengok satu story kenalan aku, first time dia sambut ramadan tanpa ibu di sisi. Allahu berat rasanya bila baca story dia tu. Kemudian aku tengok video daripada Sofyank, tersentak juga seketika. Betul tu, kita dah buat kerja kita. Mereka juga perlu buat kerja mereka. Melihat dua situasi ini menjelaskan bahawa "apalah nak dibandingkan dengan aku yang kena puasa sorang-sorang di perantauan ni". Ohh, ada juga saudara aku sudah 3 tahun tak pulang ke kampung untuk beraya. dua tahun sudah atas kekangan kerja. setahun yang lepas dan tahun ni angkara COVID-19. Jadinya semua mengalami struggle masing-masing.

Semoga Ramadan kali ini jadi Ramadan yang terbaik. Aku suka untuk memotivasikan diri untuk terus mencari yang terbaik dalam setiap kali Ramadan. Sedikit sebanyak ia memuhasabahkan diri bahawa tiada jaminan untuk kita semua bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Nak pula dalam keadaan pandemik macam ni. Risiko sana sini. Allahu.

Dikesempatan ini aku juga doakan kalian semua dalam lindunganNya. Semoga Ramadan kali ini membentuk sekurang-kurangnya satu hal yang baru kepada diri kita. Resmi setiap Ramadan aku, aku mohon kepada Tuhan tentang apa yang aku hajatkan. Semoga apa yang kalian hajatkan turut dimakbulkan. Aku juga mengharapkan hal yang sama. Sama-sama lah kita ya. Amin. InsyaAllah. Adios.


-1 Ramadan/13 April 2021-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...