Fellow Friends

27 February 2022

Tempoh Percubaan 2022 Telah Tamat: Kembali ke Realiti

 Heyyoo! Assalamualaikum wbt. & Have a good day korang.

Aku tahu takde orang pun nak baca blog ni. Dari dulu lagi aku tahu. Tapi tu la sini je ruangan yang paling aku rindu nak menggerak tari jari aku bercerita berbicara sendiri. Di ruang ini, sebelas tahun lalu bermula. Dan hari ini di tahun 2022, posting pertama sejak Oktober lepas. Allahu. Syahdu betul!

Ya Januari 2022 telah pun tamat. Ni pun ada baki sehari lagi sebelum masuk Mac. Seperti biasa, setiap tahun aku ungkapkan Mac akan jadi bulan indah untuk aku. Tapi Mac belum pun tiba. Jadi jom kita raikan hari ini! Dan hari ini aku ada mood dan ada kekuatan untuk terus menulis di sini! See betapa aku excited hahaha. Sebab aku percaya setiap daripada apa yang aku tuliskan kat sini akan tetap jadi kenangan!

Ikutkan aku dah review perjalanan 2021 aku melalui posting yang lepas. Jadi aku taknak sentuh banyak. Cuma nak bagitau 2021 antara tahun berjaya buat aku. Aku faham definisi berjaya tu sangat subjektif. Contohnya 2018 aku anggap sebagai tahun kejayaan walaupun ada beberapa kedukaan. Sebabnya aku dapat grad with "Best Postgrad Award"! Tahun 2021 menampakkan hasil bila mana one step ahead aku keluar daripada keadaan selesa kepada zon tidak selesa. Wujudkan komitmen yang agak besar dan uruskan kedai runcit digital kecil-kecilan. Rumah 23B dan Memento Box antara kejayaan terbesar aku pada tahun 2021 yang lepas. Alhamdulillah.

Seterusnya masuk ke Januari 2022, tahun yang mana wujud satu lagi cabaran untuk aku. Menjangkau transisi usia, teringat juga akan transisi dari belasan masuk ke awal 20-an. Tidaklah mencabar seperti tahun ini. Aku tidak hidup dengan expectation orang sekeliling waima keluarga aku sendiri. Sedikit sebanyak tersentak juga bila disoal "Sampai bila nak duduk sorang-sorang?". Ya soalan itu diajukan Januari 2022. Soalan yang aku sendiri tiada jawapan.

Apa yang aku boleh buat? Usaha! Ya usaha! Al-kisahnya aku berusaha sampai lah ke Ipoh, bawa ke Shah Alam lah cerita dia hahahaa. Ni kalau nak buat satu posting khas ni boleh diolah dan disambung ke Kisah Jay juga ni. Hahaha. Apapun aku tetap berterima kasih dengan peluang pengalaman tersebut. Dalam kesukaran aku juga doakan yang terbaik untuk mereka.

Now kembali kepada realiti! 2022 merupakan transisi baru seperti mana aku ungkap kat atas tadi. Aku percaya je rezeki Tuhan dah aturkan cukup indah buat hamba-Nya. Aku juga kerap ulang dan tenangkan hati "kau nak yang kau tak dapat tapi kau lupa yang kau tak mintak pun kau dah ada". Tergamam seketika bila kenang balik benda macam ni. Akhirnya aku sendiri pun kalah dengan perasaan sendiri. Cuba memahami nikmat syukur tersebut.

Berbalik kepada Januari 2022 semula, aku dikhabarkan oleh wanita yang pernah aku puja, bidadari kayangan yang aku sendiri tak pernah bertemu. Beliau akan meneruskan langkah indah ke fasa seterusnya. Jujur aku sangat gembira mendapat perkhabaran tersebut. Tuhan pertemukan kami waktu aku takde apa-apa 2016. Beliau juga struggle dengan kehidupan sendiri. Akhirnya beliau ketemu bahagia yang selama ini menjadi persoalan. "Your time will come. Sabar ok Nik!". Itu yang beliau katakan. Ya aku juga menanti saat itu. Aku percaya bukan aku je yang tunggu, beliau juga dan keluarga serta insan yang pernah ada dekat dengan aku. Jadi aku mohon doa semua semoga 2022 ni terjawab lah persoalan yang tidak berjawapan ini. Kalau tak tahun ini barangkali tahun depan atau tahun seterusnya. Yang pasti aku tetap akan berusaha. Mungkin akan datang ke mana-mana saja akan diusahakan. Hahaha.

Akhir kata, posting ni takde apa sangat pun. Aku boleh simpulkan yang posting ni nak share tentang apa yang aku achieve 2021 dulu, keadaan semasa aku tentang apa yang aku sedang juangkan, apa yang aku cari dan usahakan. Seterusnya aku harap 2022 especially Mac 2022 ni jadi yang terbaik dan lebih baik untuk aku. Jadikan aku yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya. InsyaAllah. Dan yang terpenting sekali adalah; aku berjaya buat posting ni! Semoga aku ada ruang waktu, kesempatan masa dan mood untuk terus buat nukilan di sini! Amin. Semoga 2022 kalian juga berjaya hendaknya! Terima kasih! Adios


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...