Fellow Friends

12 June 2022

Separuh Masa Pertama di Usia Menjejak Tiga

 Assalamualaikum wbt. & have a good day guys. Harini sangat hectic dan merupakan permulaan weekend yang sibuk untuk aku sehingga tamat Jun. Aku menjangkakan hal ini akan berterusan lagi sehingga hujung tahun nanti. Cuma bila terasa nak update ni aku rasa tak boleh sekat keinginan menaip kat blog ni. Last update pun Februari lepas. Betul kata orang, bila kehidupan dah mula sibuk, banyak perkara prioriti perlu diutamakan. Cumanya aku ada sedikit silap, sewajarnya blog macam ni boleh dijadikan secara berkala. Sekurang-kurangnya ada stamping record untuk milestone yang dah dilalui dalam kehidupan kita.


Maka dengan memikirkan hal tersebut dan mengambil inspirasi daripada satu instagram collection post dengan 6 gambar untuk setiap bulan setakat setengah tahun 2022. Aku berminat untuk jadikan posting di blog. Ayuh kita go through satu persatu


Januari 2022

Alhamdulillah tirai 2022 dibuka dengan both of my parents stay with me until CNY. Sebulan lebih juga duk dengan aku. Yelah tinggal sorang je anak bujang, yang lain semua dah kawen. Kebetulan rezeki depa dua mai boleh duk sini lama. Biasanya orang tua dua tiga hari dah bosan dah. Jadinya each week memang bawak merata la berjalan sana sini. Dengan aku sekali excited sampai ke Sekinchan, naik MRT ke Muzim Negara. Alhamduillah. Walaupun penat tapi aku rasa pengalaman ni cukup berbaloi. Nah aku belanja gambar kat kilang mesin padi kat Sekinchan. Tempat ni jugak mengingatkan mak aku tentang kehidupan kanak-kanak dia. sama-sama adik beradik angkut padi bawak pergi mesin.


Februari 2022

Alhamdulillah rezeki buat pertama kalinya jemput rakan-rakan ke rumah. Lepas hajat aku nak bawa kawan-kawan selepas mak ayah rasmikan. Walaupun dalam serba kekurangan sebab masih tak complete tapi alhamdulillah semua happy. Kebetulan rezeki salah seorang sahabat Bilik Tiga. Imron berkahwin dan majlis pun tak jauh daripada tempat aku. Maka kawan-kawan putuskan bermalam di sini. Tapi macam biasa la ikut tradisi Bilik Tiga, yang jauh sampai dulu. Memang lehnet masing-masing. Aku punya tunggu berjanggut dah siapkan makanan apa semua. Pukul 12 masing-masing sampai. Ajegila. Weekend well spent bila dapat lepak sama-sama berborak bagai. Yang paling best adalah macam mana pun kita grown up tapi circle Bilik Tiga tetap memandang siapa kita awal kenal dulu. Aku suka cara ni sebab takde membezakan sesiapa. Masing-masing punya rezeki tapi bila dah berkumpul, bodohnya kekal sebati dan sama frekuensi. Hahahaha.


Mac 2022

Mac adalah bulan yang senantiasa ditunggu setiap tahun. Cuma tahun ni tak terasa nak menunggu sangat sebab angka usia di depan bakal bertukar daripada nombor dua kepada nombor tiga. Tapi walau macam mana pun Mac always be a great month for me. Sebab biasanya ada je khabar yang baik menyapa dalam Mac ni. Bukan kata bulan lain takde. Cuma vibe Mac ni sangat berbeza. Dalam aku dah setkan tentang kehidupan aku sepanjang tahun, sediakan perancangan dan sebagainya. Alhamdulillah ada seseorang hadir dan muncul dalam timeline aku. Cuma aku tak boleh berharap seperti dulu kala sebab dengan belajar melalui pengalaman, makin beriye ni makin tak jadi hahaha. Makanya tenang sahaja dan terus berdoa. Jika dia orangnya, baik untuk aku, untuk keluarga aku, untuk kehidupan aku, agama aku dan dibalikan semua juga terbaik padanya jika aku dengan dia. Maka mudahkanlah. Itu sahaja yang aku lakukan buat masa ini. Sejujurnya bila melibatkan perasaan dan rasa pada ketika ini semua tu akan menjadi lebih kompleks dan merenyahkan. Maka daripada aku serabut, aku buat sahaja apa yang mampu dalam kawalan aku. InsyaAllah moga-moga dipermudahkan. Gambar pula adalah yang paling signifikan dengan kehidupan aku. Menjamu selera sewaktu pulang mengundi tempoh hari. Singgah makan semasa perjalanan pulang. Alhamdulillah.


April 2022

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan di usia tiga puluh ni menemui Ramadan. Alhamdulillah Ramadan kali ini cukup berbeza, Alhamdulillah rezeki dapat berterawih dengan hanya jalan kaki ke surau sebelah rumah. Allahu indahnya. Dalam masa yang sama urusan kabinet dapur yang tergendala sekian lama akhirnya datang jugak buat. Bercinta ya tunggu lama namati. Jujur cakap jangan salahkan aku kalau aku letak certain criteria dan auto reject disebabkan pengalaman buruk ni. Alhamdulillah juga dapat beraya dengan keluarga setelah tahun lepas tak dapat berbuka puasa di akhir puasa dengan keluarga. Betul-betul cuti panjang puasa raya haritu.


Mei 2022

Alhamdulillah dapat sambut raya bersama keluarga di kampung. Lebih indah bila adik-adik beraya dengan keluarga mertua masing-masing makanya tinggallah aku sorang kat rumah dengan parents. Hahaha. Selepas raya mereka decide untuk stay lagi dengan aku dalam dua minggu macam tu. Lagi best apa dia? An impromptu trip ke Penang. Alhamdulillah dapat bawak bapak for the first time naik Penang Hill dan bawa mak kali pertama ke menara condong Perak masa on the way pulang. Memorable trip yang sangat heaven. Masa raya tu aku ada jumpa mat borak pasal rezeki nikah kawen ni. Mat selamba je cakap kat aku "kau belum kawen mungkin rezeki kau nak bahagiakan orang tua kau dulu" dan aku on the spot dapat rasa benda tu bila dapat bawak ke trip kali ini. Alhamdulillah. Seterusnya bawa mereka beraya di sekitar sini dan bawa jumpa kawan sekolah mak aku yang dah berpuluh tahun tak jumpa akhirnya jumpa beraya bersama. Allahu. Perjalanan pulang pun sama singgah berjumpa bekas jiran masa zaman awal perkahwinan mereka masa aku kecik dulu. Memang tak ingatlah bila throwback masing-masing. Hahaha. Tapi sungguh, aku bersyukur dapat peluang ni. Dalam masa yang sama dapat beraya dengan jiran-jiran. Alhamdulillah. Dapat juga jumpa kawan-kawan zaman degree dulu, meet up jumpa sekejap pun dah buat hilang rindu. Alhamdulillah atas peluang dan ruang. Nah belanja satu gambar time jiran-jiran beraya,


Jun 2022

Alhamdulillah dah sampai setengah tahun 2022. Walaupun baru seminggu nak habiskan minggu kedua, banyak dah aktiviti dijalankan. Aku pun dengan busy weekend pun kerja bawa rombongan ke Career Fair. Penat tak hilang lagi tapi masih gigih nak update blog ni. Allahu. Last week time cuti Agong alhamdulillah dapat buat beraya post-raya. Macam biasa kawan-kawan Bilik Tiga diraikan. Stay bermalam. Yang dah berbini pun siap apply lesen bermalam. Alhamdulillah seronok walaupun penat lepas tu nak mengemas apa semua. Aku suka dan hargai support system daripada mereka. Aku ada satu hajat dan harap semoga Bilik Tiga ni boleh jadi satu legasi untuk kami. InsyaAllah esok lusa bila dah berkeluarga ada anak-anak moga-moga dapat lah berkumpul sama-sama lagi planning buat family event ke apa ke kan. InsyaAllah. Aminn.


Penutup

Alhamdulillah untuk setengah tahun ini. Aku sangat syukuri dan hargai. Walaupun sibuk dengan aktiviti dan kekangan kerja, tapi rupanya banyak je ruang yang aku isi dengan perkara yang membahagiakan. Alhamdulillah. Semoga diberikan kesempatan dan ruang lagi untuk setengah baki 2022 ini. Aku juga doakan kalian yang baca ni diberikan kebahagiaan juga sepanjang 2022. Dan jika ada perkara yang tidak seperti yang dirancangkan. Tidak mengapa. Teruslah berlapang dada! Kerna Tuhan pasti akan berikan kehidupan yang terbaik untuk kita. Teruskan melangkah!Adios


12 Jun 2022 | 1.29 pagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...